Tuesday, September 17, 2024

Creating liberating content

Sultan Brunei Terima Anugerah...

GEORGETOWN - Sultan Brunei Sultan Hasanal Bolkiah menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang yang...

Wujudkan Wakaf Pendidikan Bantu...

KUALA LUMPUR - UMNO Johor menyarankan kerajaan mewujudkan mekanisme wakaf pendidikan bagi membantu...

Persediaan Tahun Melawat Johor...

JOHOR BAHRU - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mempersoalkan keseriusan...

RM280j Setahun Dibelanja Urus...

MELAKA - Kerajaan membelanjakan kira-kira RM280 juta setahun bagi menguruskan 28 pusat pemulihan...

Jepun Arah Lebih Sejuta Penduduk Kagoshima Berpindah

TOKYO – Jepun mengarahkan lebih satu juta penduduk berpindah berikutan kebimbangan berlakunya tanah runtuh dan banjir, akibat hujan lebat berterusan yang melanda bahagian selatan negara itu.

Bagaimanapun, data rasmi menunjukkan, sehingga pagi tadi, hanya 3,000 penduduk sudah berpindah di pusat perlindungan di wilayah Kagoshima.

Amaran itu dikeluarkan setahun selepas hujan lebat yang melanda bahagian barat Jepun, mengakibatkan banjir dan tanah runtuh, hingga mengorbankan 200 penduduknya.

Setakat ini, seorang wanita disahkan maut hujung minggu lalu, apabila kereta dinaikinya ditimpa tanah runtuh.

Beberapa lagi penduduk dilaporkan cedera, dalam beberapa kejadian tanah runtuh yang menenggelamkan kereta masing-masing.


Sehingga pagi tadi, arahan berpindah masih berkuat kuasa ke atas lebih satu juta penduduk Kagoshima.

Dalam pada itu, stesen televisyen turut menyiarkan rakaman kereta dihanyutkan banjir, manakala beberapa tebing sungai di Kagoshima dilaporkan runtuh akibat arus deras.

Malah, Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran mengenai kejadian tanah runtuh yang boleh mengancam nyawa penduduk. – Agensi

Kategori