Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pandalela Gagal Ke Final...

KUALA LUMPUR - Ratu terjun negara, Pandelela Rinong mempamerkan aksi kurang menarik apabila...

Pembantu Makmal Bunuh Rakan...

BANTING - Seorang pembantu makmal Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad di sini dihadapkan...

Darell Puji Kecanggihan Proton...

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking, hari ini melawat...

Edar Syabu, Warga Nigeria...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Nigeria dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di...

Kabinet Kerajaan Terdahulu Diberi Maklumat Penuh Penubuhan SRC

KUALA LUMPUR – Saksi ke-43 perbicaraan SRC International Sdn. Bhd. hari ini bersetuju jemaah menteri pada tahun 2011 dan 2012 diberikan maklumat penuh tentang penubuhan dan pinjaman syarikat tersebut.

Justeru bekas pegawai Kementerian Kewangan, Datuk Maliami Hamad tidak menolak cadangan peguam bela belas Perdana Menteri, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bahawa tidak ada mana-mana pihak yang diperdayakan tentang syarikat tersebut.

Shafee: Tak ada yang dibohongi to mislead the Cabinet (untuk memperdayakan Kabinet)?

Maliami: Betul.

Beliau berkata demikian ketika disoal balas peguam bela, Datuk Seri Najib Razak itu pada hari ke-34 perbicaraan hari ini.

Maliami turut menjelaskan penggunaan perkataan ‘tekanan’ dalam keterangan bertulisnya semalam.

Ujarnya ‘tekanan’ yang dimaksudkannya adalah masa yang singkat untuk menyediakan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) supaya proses permohonan pinjaman syarikat itu kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadanankan (KWAP) dipercepatkan menerusi jaminan daripada kerajaan.

Selain itu, beliau menafikan tuduhan terhadap sesiapa mengikut luar konteks daripada proses penyediaan MJM.

“Tekanan di sini adalah suasana kerja yang agak memberi tekanan sebab pegawai-pegawai perlu menyediakan MJM dalam waktu singkat tidak ada banyak masa ada beberapa jam sahaja.


“Ia daripada proses penyediaan,” jelas beliau.

Selain itu bekas Setiausaha Kementerian Kewangan (Bahagian Pengurusan Pinjaman Pasaran Kewangan dan Aktuari) mendedahkan wujud kesulitan mengeluarkan surat jaminan untuk pinjaman SRC apabila ia dilihat tidak sama dengan terma perjanjian KWAP pada 2012 iaitu daripada aspek pelaburan am dan modal kerja.

Namun menurutnya, isu berbangkit itu selesai setelah perkataan ‘modal kerja’ dimasukkan dalam perjanjian pinjaman yang ditandatangani antara SRC International dan KWAP.

“Dalam perjanjian yang ditandatangani, terma itu adalah untuk pelaburan am dan modal kerja, jadi ia menjadi masalah.

“SRC International bertegas mahu ini dimasukkan, jadi ia menjadi masalah. Masalah ini berterusan sehingga pindaan itu dibuat terhadap tujuan penggunaan dana berdasarkan (mesyuarat) Kabinet.

“Apabila mesyuarat Kabinet bersetuju untuk memasukkan modal kerja, maka ia telah diselesaikan. SRC bertegas dalam mendapatkan modal kerja pelaburan,” katanya.

Kategori