Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Dua Jeti Bakan Dibina...

PELABUHAN KLANG - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meluluskan pembinaan dua buah...

Kerja Naik Taraf Ban...

SUNGAI PETANI - Projek Menaik Taraf Ban Pantai dan Pintu Kawalan Pasang Surut...

PRK Sungai Besar, K.Kangsar:...

SUNGAI BESAR - Seramai 598 orang anggota polis termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA)...

Pekerja Kedai Serbaneka Dipenjara,...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri beberapa barangan termasuk pakaian dalam di sebuah pasar...

Ke Taiwan Dengan Hati Yang Tenang

MENYEBUT mengenai Taiwan, perkara pertama yang akan melalui benak pemikiran orang Islam ialah apakah makanan halal mudah diperoleh di sana? Apakah senang untuk beribadah?

Sebenarnya, apabila pergi ke Taiwan atas urusan perniagaan, pekerjaan, melancong, belajar atau sebagainya, kita jangan bersikap prejudis dan membuat keputusan berdasarkan andaian bahawa sukar untuk mendapatkan makanan halal atau sebagainya di sana.

Menurut Presiden Pertubuhan Cina Muslim, Ali Kamaluddin Chang dalam buku Traveling in Taiwan for Muslims yang diterbitkan pada tahun 2013, pelancong beragama Islam tidak perlu bimbang. Hal ini kerana segala kemudahan dan makanan mengikut Hukum Syarak boleh didapati dengan mudah di kebanyakan tempat di republik berkenaan.

“Rakan-rakan Muslim dari negara-negara lain akan mendapat sokongan dan bimbingan yang diperlukan sebelum tiba di sini dan sepanjang melancong di sini bagi menjamin pengalaman melancong yang menyenangkan serta cukup berbaloi,” katanya.

Tambah beliau, Taiwan merupakan antara destinasi pelancongan yang paling lengkap di dunia.

Terdapat berbelas masjid utama di lima bandar sekitar Taiwan; iaitu dua di Taipei serta lain-lain di lokasi pelacongan utama seperti di Zhongli, Taichung, Tainan dan Kaohsiung. 


Restoran dan hotel-hotel yang mematuhi piagam halal banyak terdapat di seluruh negara pulau berkenaan.

Alamat dan nombor telefon boleh dirujuk dengan memuat turun apps mesra pelancong Islam seperti Halal.TW sebagai persediaan awal sebelum ke negara itu. Pasti sahaja umat Islam yang ditemui di masjid-masjid berkenaan boleh membantu jika kita mahukan panduan dan jaminan makanan halal.

Pertubuhan Cina Muslim pula merupakan sebuah organisasi besar yang beribu pejabat di Taipei. Pertubuhan itu antara lain bertanggungjawab membangunkan industri serta pasaran makanan dan perniagaan halal. Pertubuhan itu juga sentiasa bersedia membantu umat Islam yang menghadapi apa-apa masalah sepanjang berada di Taiwan.

Suatu fakta yang mungkin langsung tidak diketahui orang ramai di Malaysia adalah bahawa terdapat lebih daripada 170 ribu penganut agama Islam di Taiwan.

Pakar agama Islam dari negara luar juga sering diundang oleh Biro Pelancongan di bawah Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi untuk meneliti serta memastikan segala kemudahan dan makanan yang disajikan kepada pengunjung beragama Islam memenuhi kriteria “halal” yang ditetapkan.

Tentulah Taiwan kaya dengan pelbagai budaya, seni, muzik dan tempat-tempat pelancongan yang sesuai dan wajar dikunjungi pelancong pelbagai kaum dan agama. Mungkin aspek makanan dan minuman sahaja yang menjadi sedikit kebimbangan dalam kalangan pelancong dari Malaysia; khususnya penganut agama Islam, Buddha dan Hindu.

Sekiranya anda masih was-was, anda boleh mengunjungi Biro Pelancongan Taiwan di Wisma Goldhill di Kuala Lumpur bagi mendapatkan gambaran sebenar. – Mynewshub.TV

Kategori