Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pengasas Marlboro Pecat Pekerja,...

Altria Group, syarikat tembakau terbesar di Amerika yang juga pengasas jenama Marlboro akan...

Kenapa Kilang, Pembinaan Boleh...

DARI FB NAJIB RAZAK60% cluster daripada gelombang Covid ini adalah dari kilang dan...

Persidangan UMNO Lahad Datu...

LAHAD DATU: Persidangan UMNO Bahagian Lahad Datu di Dewan Sri Perdana di sini,...

Budak Hidup Dalam Penjara...

CHINA - Hidup dalam penjara besi. Sungguhpun budak ini sakit, namun wajarkan dia...

Pencemaran Air Di Selangor Tindakan Sabotaj – Xavier

SHAH ALAM – Kejadian pencemaran sebanyak dua kali sehingga menyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) ditutup semula secara berperingkat boleh dianggap sebagai satu tindakan sabotaj.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar berkata, penutupan semula itu telah membebankan pengguna air di Selangor.

“Saya mengambil insiden terbaharu ini secara serius dan ketika ini Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang menjalankan siasatan terperinci tentang punca kejadian tersebut.

“Saya juga telah menghubungi Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari untuk membincangkan situasi terkini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu dua kejadian pencemaran dalam tempoh kurang tiga hari tidak boleh dipandang sewenangnya.

Justeru, Xavier menjelaskan telah memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk sama-sama menjalankan siasatan selepas berbincang dengan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

“Saya ingin memastikan dalang di sebalik insiden ini dapat diberkas dan dihukum dengan berat di bawah akta sedia ada,” tegas beliau.


Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam kenyataan hari ini memaklumkan empat LRA ditutup semula apabila mengesan minyak diesel mencemar sumber air mentah Sungai Selangor.

LRA Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas pada pukul 6 petang tadi, diikuti LRA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) pukul 8 malam dan LRA SSP1 serta LRA SSP2 pada pukul 8.15 malam.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata, pihaknya telah melaporkan insiden pencemaran ini kepada pihak berkuasa dan mendapati punca pencemaran adalah dari aktiviti kerja pengorekan pasir di hulu sungai.

“Ini insiden kedua dalam tempoh tiga hari membabitkan penutupan keempat-empat LRA Utama yang menyebabkan gangguan tidak berjadual berskala besar kepada pelanggan,” katanya.

Kategori