Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hujah Halimey Ketinggalan Zaman...

PETALING JAYA - Calon PAS, Dr Halimah Ali menyifatkan hujah calon Pakatan Harapan...

Stadium Putra Kini Dikenali...

KUALA LUMPUR - Stadium Putra di Bukit Jalil di sini kini dikenali sebagai...

Rupa-Rupanya Isteriku Sering ‘Makan...

KELAKUAN pelik seorang isteri yang sering memesan Grab terbongkar apabila suami wanita tersebut...

Yazid Search Uzur Terkandas...

BANDAR SERI BEGAWAN - Hasrat pemain dram kumpulan Search, Yazid Ahmad untuk pulang...

Kejatuhan Eksport, Buah Tandan Segar Sawit Amat Membimbangkan

KUALA LUMPUR – Kejatuhan berterusan eksport sawit negara kini dalam keadaan amat membimbangkan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, jumlah eksport sawit Malaysia turun 31.6 peratus untuk tempoh 1 hingga 10 Jun 2019 berbanding tempoh yang sama bulan sebelumnya.

Untuk keseluruhan bulan Jun 2019 pula, eksport sawit jatuh 19.6 peratus.

Bagaimanapun, beliau mengandaikan kejatuhan besar itu berlaku kerana cuti hari raya.

Tetapi hari ini, kata bekas perdana menteri itu, dilaporkan eksport sawit turun lagi 2.4 peratus untuk tempoh 1 hingga 10 Julai 2019 berbanding tempoh yang sama bulan Jun yang mendapat kesan dari cuti raya.

Tambahnya, harga rujukan untuk buah tandan segar yang memberi kesan terbesar kepada peneroka juga jatuh setiap hari sejak 18 Jun lalu sehingga hari ini.

“Tak pernah ada satu hari harga naik. Harga turun dan jumlah eksport turun itu bukan salah peneroka,” katanya,


Malah, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, kejatuhan ini juga tiada kena-mengena dengan dakwaan Pakatan Harapan bahawa peneroka adalah pemalas dan membiak seperti kucing.

Sehubungan itu, Najib berharap kerajaan menguatkan lagi usaha untuk mempertingkatkan eksport dan harga sawit kerana trend menurun ini tidak boleh dibenarkan berterusan berlaku.

“Walaupun kita bertentangan politik, saya harap kerajaan PH boleh menguatkan lagi usaha untuk mempertingkatkan eksport dan harga sawit.

“Jangan hanya buat iklan TV tempatan untuk cubaan mempromosikan sawit kepada Rakyat Malaysia yang sudah pun pengguna besar minyak sawit ataupun lekat sticker “Sayangi Sawitku” merata-rata,” sindirnya. – MalaysiaGazette

Kategori