Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Projek Terowong Dasar Laut...

GEORGE TOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghantar dua surat membersihkan...

Dua Lelaki Maut Ditembak...

SERDANG - Dua lelaki maut ditembak ketika sedang menghantar kad undangan di hadapan...

Najib Terima Kunjungan Hormat...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan hormat Duta Khas...

Azizulhasni Teruja Beraksi Pada...

KUALA LUMPUR - Juara keirin dunia, Azizulhasni Awang teruja untuk memulakan saingan pada...

Kementerian Pendidikan Tidak Langgar Kontrak Dengan YTL

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan menegaskan, pihaknya tidak melanggar kontrak dengan YTL Communications Sdn. Bhd. (YTL Communications) berhubung perkhidmatan 1BestariNet.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Ghazali Abas berkata, kontrak perkhidmatan YTL Communications telah tamat pada 30 Jun lalu dan bukan ditamatkan oleh kementerian.

Menurutnya, YTL Communications telah diberi kontrak 1BestariNet Fasa 1 bagi tempoh bermula 13 Disember 2011 hingga 30 Jun 2016 termasuklah lanjutan kontrak sebanyak tujuh kali.

Tegasnya, YTL Communications selanjutnya telah diberi kontrak 1BestariNet Fasa 2 untuk tempoh mulai 1 Julai 2016 hingga 30 Jun tahun ini.

“Justeru, dakwaan bahawa Kementerian Pendidikan telah berlaku tidak adil kepada YTL Communications dan telah menamatkan kontrak syarikat itu adalah tidak benar sama sekali,” katanya dalam sidang akhbar khas di sini hari ini.

Kategori