Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Kerajaan, Pembangkang Tukar Komposisi...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dan pembangkang bersetuju untuk menukar komposisi semua Jawatankuasa Pilihan...

Muhyiddin Terima Suntikan Pertama...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin sebentar tadi, menerima suntikan...

Sebutan Semula Kes CEO...

PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 29 Mac ini...

Tiada ADUN Dipinggir Daripada...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu memberi jaminan bahawa semua Anggota Dewan Undangan...

Ketua MIC Paya Besar Maut, Dipercayai Dilanggar Lari

KUANTAN – Ketua MIC Bahagian Paya Besar, G. Ramesh ditemui maut di tepi jalan berhampiran Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di sini semalam, dipercayai akibat kejadian langgar lari.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, Ramesh, 50, dipercayai menjadi mangsa kemalangan langgar lari sekitar pukul 10.55 malam semalam, semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di sini dari Kemaman, Terengganu. 

“Laporan forensik mengesahkan kematian disebabkan ada keretakan di kepala dan kita tidak menolak kemungkinan kemalangan itu berlaku di luar kenderaan, berdasarkan tiada kesan perlanggaran ditemui pada kenderaan itu.

“Siasatan polis setakat ini juga tidak menemui sebarang unsur jenayah di kawasan mayat ditemui,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini hari ini. 

Mohamad Noor berkata, mayat itu ditemui oleh orang awam kira-kira 20 meter dari kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux miliknya.

Kategori