Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Derma Organ: Kempen ‘YB...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan sedang mengadakan kempen 'YB Jom Ikrar' di Bangunan...

Dagangan Minyak Sawit RM1.4...

KUALA LUMPUR - Minyak kelapa sawit menjadi mangsa dalam pertikaian diplomatik antara India...

Skuad Hoki Berputih Mata...

INCHEON - Skuad hoki negara terpaksa berputih mata apabila terlepas slot ke perlawanan...

Barang Tak Sampai, Netizen...

LAZADA atau nama lainnya Ecart Services Sdn. Bhd. adalah sebuah laman web jualan...

Kos PRU-15 Meningkat RM1 Billion – Syed Saddiq

SHAH ALAM – Kos pengurusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dijangka meningkat kepada RM1 billion berbanding RM500 juta sebelum ini.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, perkara itu dimaklumkan menerusi perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung peningkatan kos susulan had umur mengundi akan diturunkan kepada 18 tahun berbanding 21 tahun sebelum ini.

“Saya dimaklumkan bukan angka rasmi, apabila ada perbincangan, SPR kata sebelum ini (PRU-14), 14 juta individu boleh mengundi itu pun dah memakan kos setengah billion.

“Jadi, selepas ini boleh meningkat RM1 billion, itu anggarannya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Syed Saddiq, menerusi penurunan had umur mengundi itu dianggarkan penambahan jumlah pengundi sebanyak 500,000 setiap tahun dengan dijangka terdapat sehingga 21 juta pemilih pada PRU akan datang.

Ujar beliau, jumlah pengundi tersebut memberikan isyarat terhadap pimpinan parti politik terhadap kepentingan anak muda.


“Walaupun mengejutkan tetapi yang mengejutkan itu akan membuka mata semua pimpinan politik memperjuangkan isu anak muda dengan lebih serius,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan isu penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun itu bukan perkara baharu kerana pernah dibincangkan sebelum ini sejak 2010 oleh kerajaan terdahulu.

“Ini merupakan platform terbaik dalam mengangkat isu anak muda ke peringkat nasional terutamanya membabitkan pendidikan seperti isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), biasiswa dan sebagainya.

“Jika sebelum ini bila anak muda bersuara, suara mereka terpencil dan tidak diambil endah namun apabila mereka mempunyai hak mengundi yang lebih besar, kumpulan ini mempunyai lebih ramai wakil dan pandangan mereka diambil serius,” katanya. – K! ONLINE

Kategori