Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Tambah Baik Skim Perkhidmatan...

KUANTAN - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan menambahbaik skim...

Bajet 2015: Elaun Sara...

KUALA LUMPUR - Nelayan Zon A, B dan C akan menikmati kenaikan elaun...

Tagih Kerusi Bukti PAN...

PENGERUSI PAN Selangor, Izham Hashim dalam satu kenyataan baru-baru ini menuntut tiga lagi...

TPM Sindir PH ‘Bangga’...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyindir Pakatan Harapan yang bimbang...

Kuota Haji Tambahan: Apa Jawapan Arab Saudi?

KUALA LUMPUR – Kerajaan Arab Saudi masih belum memberi jawapan mengenai permohonan kuota tambahan haji untuk Malaysia tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, pihaknya masih menunggu sama ada permohonan 10,000 kuota tambahan itu diluluskan atau sebaliknya.

“Kuota belum lagi, kita masih menunggu daripada Kerajaan Arab Saudi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Mei lalu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Datuk Seri Zukri Samat berkata, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah mengutus surat rasmi kepada kerajaan Arab Saudi memohon kuota tambahan haji musim haji tahun ini.

Beliau berkata, permohonan itu bagi mendapatkan kuota tambahan sebanyak 10,000 bagi bakal haji. – UTUSAN ONLINE

Kategori