Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Razif Sidek Dakwa Chong...

Kes kegagalan ujian doping pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei...

Sarjan Norihan Tunjuk Perkembangan...

GEORGETOWN - Sarjan Norihan Tari, mula menunjukkan perkembangan positif selepas berjaya menjalani pembedahan...

Diplomat Veteran Gesa Peraturan...

SINGAPURA - Salah seorang diplomat paling berpengaruh Singapura hari ini menggesa pemansuhan undang-undang...

Kanye West Kongsi Gambar...

Keluarga selebriti terkenal di Hollywood, 'The Kardashians' tentunya teruja dengan siri televisyen popular...

Langkah Tepat Lantik Najib Pengerusi Lembaga Penasihat BN

KUALA LUMPUR – Keputusan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) melantik Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN merupakan suatu langkah yang sangat tepat.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, berdasarkan pengaruh dan pengalaman yang dimilikinya, parti percaya beliau akan dapat memainkan peranan bersama Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Dewan Tertinggi BN lain dalam usaha memulih, memperkasa dan mengembalikan semula kekuatan BN.

ā€œKita percaya di ketika rakyat negara ini semakin tertekan akibat corak kepimpinan tidak konsisten dan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji-janjinya, BN mampu kembali menjadi pilihan rakyat di negara ini.

ā€œDan bersama PAS kita yakin akan kembali berkuasa di negara ini.

ā€œSaya berharap semua pimpinan dan ahli parti di semua peringkat terus memperkukuhkan perpaduan sesama kita. Kekuatan parti akan terserlah jika kita bersama melakukannya.

ā€œTumpuan kita sekarang ialah berhadapan dengan kerajaan PH. Kita mesti berusaha supaya rakyat menyokong perjuangan kita,ā€ kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori