Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Tampung Pembinaan 300...

KERAJAAN akan menampung pembinaan kira-kira 300 buah rumah di Gua Musang, Kelantan yang...

Mayat Wanita Separuh Bogel...

ALOR SETAR - Satu mayat wanita dalam keadaan separuh bogel ditemui di kawasan...

Kes Varian Pirola Dijangka...

Kuala Lumpur: Pakar menjangkakan lonjakan kes COVID-19 yang berpunca daripada varian BA2.86 atau...

Vaksinasi Harian Covid-19 Terus...

KUALA LUMPUR - Vaksinasi harian bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan terus mencatatkan peningkatan...

LHDN Nafi Serbu Pembayar Cukai Ala ‘Gangster’

PUTRAJAYA – Hasil siasatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mendapati pembayar cukai yang mendakwa premis dan syarikat miliknya diserbu LHDN ala “gangster” tahun lepas, gagal mengisytiharkan pendapatan daripada perniagaan yang melibatkan sejumlah pelarian cukai yang besar.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Sabin Samitah berkata LHDN bagaimanapun tertakluk kepada kerahsiaan di bawah Seksyen 138, Akta Cukai Pendapatan 1967, yang memperuntukkan maklumat terperinci berhubung siasatan itu tidak boleh didedahkan kepada pihak ke-3.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam susulan dakwaan sebuah kolej bahawa LHDN membuat serbuan ala “gangster” seperti disiarkan sebuah portal sebelum ini, Sabin berkata LHDN membuat lawatan mengejut ke atas premis pembayar cukai pada Mac 2018.

Menurutnya, tindakan siasatan diambil setelah memberi pertimbangan kepada semua maklumat dan bukti risikan yang diperoleh dan dianalisis berkaitan dengan pembayar cukai tersebut dan proses kerja berhubung tindakan siasatan itu digariskan dalam Rangka Kerja Siasatan Cukai.

“Operasi siasatan ini dilaksanakan secara profesional selaras dengan rangka kerja siasatan dan peruntukan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967,” katanya.


LHDN sedang mempertimbang dan mengkaji secara serius dakwaan yang dibuat serta tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba untuk mencemar imej dan nama baik agensi berkenaan dengan membuat dakwaan tidak benar, katanya.

Sabin juga berkata siasatan melalui kaedah lawatan mengejut dihentikan serta-merta mulai Mei 2018, iaitu selepas kerajaan baru mengambil alih pentadbiran negara.

Kategori