Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

‘Rafizi Perlu Jelaskan Sumber...

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat segera sumber aliran dana...

Mitsubishi Umum Kenaikan Harga...

KUALA LUMPUR - Mitsubishi Motor Malaysia (MMM) mengumumkan harga kenderaan keluarannya akan meningkat...

Malaysia, ASEAN Desak Myanmar...

PUTRAJAYA - Presiden Burmese Rohingya Organisation United Kingdom (BROUK), Tun Khin menggesa Malaysia...

22,000 Pesara Kerajaan Jadi...

KUALA LUMPUR: Seramai 22,000 pesara kerajaan direkodkan menjadi mangsa penipuan scammer yang menggunakan...

Mahathir Akan Beri Penjelasan Isnin Ini – Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menjelaskan perincian kenyataan beliau berhubung pelawaannya agar semua parti politik Melayu termasuk UMNO menyertai BERSATU pada Isnin ini, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, Dr. Mahathir akan menjelaskan perkara itu pada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

“Kita ada mesyuarat Majlis Presiden PH dan itu ruang yang terbaik untuk kita bincang termasuk cadangan PM terbaharu.

“PM akan guna peluang itu untuk beri penjelasan,” katanya ringkas selepas majlis pelancaran University Malaya Endowment Fund (UMEF) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Dr. Mahathir mengenai pelawaannya agar semua parti politik Melayu termasuk UMNO menyertai BERSATU bagi menguatkan kuasa politik kaum majoriti itu.


Perdana Menteri yang juga Pengerusi BERSATU berkata, penyatuan itu penting kerana Melayu kini sudah terbahagi dan berpecah kepada enam parti.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu negeri di Dewan Serbaguna Johor Jaya, semalam. – Sinar Harian

Kategori