Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Melaka...

MELAKA - Banjir yang melanda Jasin dan Alor Gajah kini semakin pulih. Hanya tinggal...

Cuepacs Harap Najib Umum...

ALOR SETAR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap gaji...

Tunai Umrah Disember Ini,...

SITI Nordiana atau lebih dieknali dengan nama Nana kembali mewarnai dunia hiburan apabila...

LLM Nafi Laporan Kononnya...

LEMBAGA Lebuhraya Malaysia (LLM) menafikan artikel bertajuk "Kadar Tol Naik Ogos Ini?" yang...

Mara Nafi Kurang Peruntukan Biaya Pelajar Ke Luar Negara

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (Mara) hari ini menafikan dakwaan kononnya berlaku pengurangan peruntukan pembiayaan pelajaran untuk pelajar cemerlang ke luar negara bagi tahun ini.

Mara menerusi satu kenyataan menegaskan, jumlah peruntukan RM2 bilion yang diluluskan kerajaan bagi program pinjaman pelajaran untuk tahun 2019 adalah sama seperti tahun-tahun sebelum ini.

“Peruntukan ini digunakan untuk menaja pelajar yang mengikuti pengajian di semua peringkat dalam dan luar negara.

“Mara tidak menetapkan sebarang kuota penghantaran pelajar ke luar negara, tetapi penghantaran pelajar adalah berasaskan kepada bidang-bidang yang selari dengan keperluan guna tenaga negara,” menurut kenyataan itu.

Selasa lepas, media melaporkan Ketua Wirawati Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Dr. Asmah Razalli mendakwa terdapat pengurangan mendadak peruntukan dan kuota pelajar cemerlang tajaan Mara ke luar negara.

Menurut kenyataan itu, setakat ini jumlah pelajar tajaan Mara seramai 38,758 orang dan diunjurkan 50,000 pelajar menjelang akhir tahun ini. Sehingga Mei tahun ini, terdapat 1,535 pelajar tajaan Mara di luar negara menerusi program seperti Program Bakat Muda (YTP), Pelajar Cemerlang IPMA (IESP), Graduan Cemerlang (GrEP) dan Program Pembangunan Profesional (Pro-P).


“Sehingga hujung tahun ini, diunjurkan seramai 1,750 lagi pelajar akan dihantar ke luar negara yang menjadikan jumlah keseluruhan pelajar Mara di luar negara seramai 3,285 orang untuk tahun 2019 yang melebihi jumlah pelajar tahun lepas,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Mara menjelaskan pengurangan bilangan pelajar ke luar negara berbanding dua tahun sebelum ini disebabkan beberapa faktor termasuk kenaikan yuran pengajian sekurang-kurangnya 10 peratus pada setiap tahun bagi pengajian dalam dan luar negara.

“Selain itu, pertukaran mata wang asing turut menyumbang kepada kenaikan kos yuran pengajian dan juga sara hidup kerana bayaran kepada pelajar dan institusi pengajian menggunakan mata wang negara tersebut,” katanya.

Kategori