Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

3,631 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Situasi wabak Covid-19 yang melanda negara terus mencatatkan angka kes...

Kakak Upah Pembunuh Tembak...

Rusia – Kerana terlalu marahkan adiknya yang enggan bekerja dan hanya duduk di...

Sultan Pahang Berangkat Ke...

KUANTAN - Lebih 30,000 rakyat negeri ini membanjiri Taman Esplanade di sini malam...

Bekas Senator Dipanggil Ke...

Bekas senator Siti Aishah Shaik Ismail dipanggil polis sekali lagi. Kali ini dia...

Menara Jam Makkah Lebih Sekadar Menentukan Waktu Tepat

MAKKAH – Menara Jam Makkah dengan ketinggian 607 meter yang terletak di hadapan Masjidil Haram di sini, bukan sekadar menunjukkan waktu dengan tepat, malah ia juga menjadi pusat penyelidikan astronomi yang menyumbang kepada kemajuan sains dan teknologi untuk manfaat manusia.

Menara itu terdiri daripada pelbagai kemudahan, kata Dr. Yaseen Al Mleaky, Pengarah Muzium Menara Jam Makkah yang menjemput sekumpulan wartawan Malaysia yang membuat liputan haji, melawat menara itu yang siap dibina pada 2011.

Satu daripada kemudahan di menara itu yang memiliki empat muka jam berwarna hijau di setiap sisi adalah Muzium Menara Jam di empat tingkat menara berkenaan bagi memberi penjelasan kepada pelawat mengenai alam semesta dan pembinaan jam itu sendiri.

Terdapat juga balkoni dengan pemandangan 360 darjah betul-betul di bawah muka jam. Pelawat dapat melihat Masjidil Haram dengan Kaabah di tengah-tengah kota Makkah, dengan perasaan seperti burung yang bebas terbang tinggi di langit!

“Terdapat bahagian kristal di tujuh tingkat yang menempatkan pameran, perpustakaan dan kemudahan penyelidikan. Kami mempunyai tiga tingkat membabitkan bulan sabit di atasnya yang mana pelawat boleh tinggal dan solat di situ,” kata Dr. Yaseen.

Menara Jam Makkah adalah menara tertinggi yang diduduki di dunia.

Dr. Yaseen berkata tujuan utama menara jam itu adalah bagi membolehkan semua orang dari seluruh dunia, Islam dan bukan Islam, menyumbang kepada perkiraan masa dan pengukuran kalendar yang sangat tepat untuk kebaikan rakyat di seluruh dunia.

“Ia adalah pusat yang sangat tepat. Ia menyediakan waktu solat dan ukuran arah kiblat dari seluruh dunia. Pelawat juga datang ke sini untuk melihat peranan kerajaan dalam projek ini yang dimulakan oleh Raja Abdulaziz hampir satu abad yang lalu,” katanya kepada pemberita.


Di muzium itu, penulis kagum apabila melihat pengunjung mendapat penjelasan yang terperinci dengan mengaitkan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan alam semesta, termasuk bima sakti, matahari dan bulan.

Dr. Yaseen berkata menara jam itu menerima 40,000 tetamu sejak dibuka Ramadan lalu dan ia menyasarkan tiga juta pelawat setiap tahun selepas pembukaan rasmi pada akhir musim haji ini.

Beliau berkata kira-kira 10,000 ke 40,000 pengunjung setakat ini adalah dari Malaysia dan Indonesia.

“Kami sedang bekerjasama dengan pasukan pemasaran yang sangat profesional bagi membolehkan jemaah dan orang lain dari seluruh dunia tahu mengenai menara jam ini dan melawat kami. Kami sangat gembira melihat saudara kami terutamanya dari Malaysia, berkunjung ke sini,” katanya.

Dr. Yaseen berkata pusat penyelidikan di menara itu sudah melakukan banyak kolaborasi khususnya dalam bidang astronomi, dengan beberapa pusat penyelidikan terkenal di dunia.

“Baru-baru ini, kami mengambil bahagian dalam penemuan satu bintang merah yang kecil dengan tujuh planet yang mana atmosferanya mengandungi oksigen, nitrogen dan air. Penemuan terkini menggembirakan kami untuk bergerak maju sebagai sebuah pusat untuk kebaikan semua orang di dunia ini,” katanya.

Kategori