Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Majikan Terkejut Orang Gaji...

SEORANG majikan dari Singapura tidak menyangka sepanjang ketiadaannya di rumah, pembantu rumahnya tergamak...

Akta LLM Akan Dipinda...

BAGAN SERAI - Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980 akan dipinda sebagai usaha...

Penduduk Jumpa Patung Berhala...

PELABUHAN KLANG - Penduduk Taman Pendamar Indah, gempar apabila dikejutkan dengan penemuan sebuah...

Lebuhraya Seremban-Jempol Boleh Kembali...

JEMPOL : Projek Lebuhraya Seremban-Jempol boleh untuk dilaksanakan semula sekiranya Barisan Nasional (BN)...

MotoGP: Binder Ganti Hafizh Syahrin, Musim Hadapan

PELUMBA dari Afrika Selatan, Brad Binder sah menggantikan posisi Hafizh Syahrin dalam pasukan Red Bull KTM Tech 3 dalam saingan MotoGP pada musim hadapan.

Ini bermakna khabar angin mengatakan pasukan itu tidak akan menyambung kontrak Hafizh tahun 2020 adalah benar apabila pasukan itu telah mengumumkan kontrak baharu dengan pelumba pasukan KTM Ajo dalam laman web rasmi pasukan, motogp.teamtech3.fr pada Rabu.

Spekulasi mengenai pasukan itu yang tidak akan mengikat kontrak dengan pelumba negara timbul apabila beliau masih tidak ditawarkan kontrak baharu oleh KTM berbanding rakan sepasukannya dari Portugal, Miguel Oliveira yang disahkan bakal menyertai grid kelas MotoGP bersama pasukan Tech3 bagi musim 2020.

Ia susulan prestasi yang dilihat tidak konsisten pada musim ini berbanding penampilan pertamanya musim lepas.

Selepas sembilan pusingan musim ini, pelumba berusia 25 tahun itu hanya mengutip tiga mata dengan meraih penamat ke-14 di GP Perancis, Mei lalu dan ke-15 di Litar Assen pada Jun.

Pertukaran jentera kepada KTM turut memainkan peranan kepada prestasi Hafizh musim ini menyaksikan beliau dan pasukan masih dalam proses ‘mengenali’ jentera KTM RC16 selepas 20 tahun bersama Yamaha.


Sementara itu, Binder dalam laman Instragam beliau, @bradbinder_41, mengesahkan akan melangkah ke MotoGP pada 2020 selepas menandatangani perjanjian setahun dengan KTM untuk menyertai pasukan satelit Tech3 bersama-sama Miguel Oliveira.

ā€œSaya sangat gembira untuk mengumumkan bahawa saya akan melangkah ke kelas MotoGP untuk musim 2020 bersama pasukan @redbullktmtech3. Terima kasih Red Bull KTM kerana mempercayai saya.

ā€œBukan hanya untuk tahun hadapan tetapi untuk tahun-tahun selama kita bersama. Ia adalah mimpi yang menjadi kenyataan dan saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang membantu karier saya sehingga ke tahap ini,ā€ katanya.

Kategori