Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Bomba Bantu Potong 2...

Sungai Petani : Pasukan Bomba dipanggil untuk membantu memotong dua cincin yang...

MARDI Lancar Bangunan Inkubator...

KOTA KINABALU – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) hari ini melancarkan...

Korban Letusan Gunung Berapi...

WHAKATANE - Jumlah kematian akibat letusan gunung berapi White Island di New Zealand...

SPRM Halang Najib Dapatkan...

KUALA LUMPUR - Pihak pembelaan dalam perbicaran rasuah dan salah guna kuasa Najib...

Muatan Misteri 89 Kilogram Dalam Pesawat MH370

PARIS – Penyiasat Perancis yang menyiasat kehilangan pesawat MH370 mendakwa telah menemui ‘muatan misteri seberat 89 kilogram’ dimasukkan dalam senarai penerbangan selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Mac 2014.

Ghyslain Wattrelos yang kehilangan isteri dan dua anaknya dalam insiden itu mendakwa kargo tersebut didedahkan menerusi laporan baharu tentang penumpang dan bagasi.

“Kargo itu juga terlebih muatan tanpa sesiapa tahu apa puncanya. Ia mungkin akibat ketidakcekapan atau manipulasi. Segalanya boleh berlaku. Ini adalah sebahagian daripada persoalan untuk rakyat Malaysia,” katanya tanpa membuat sebarang kesimpulan.

Muatan misteri itu mungkin boleh menjadi bukti tambahan kepada teori rampasan pesawat.

Awal bulan lalu, pakar keselamatan penerbangan, Tim Termini memberitahu program Flight di Channel 5 kemungkinan terdapat stowaway (penumpang gelap) atau orang yang bersembunyi dalam pesawat tersebut kerana membuat perjalanan tanpa membayar tambang.


“Kemungkinan berlaku rampasan dan terdapat empat senario yang berlaku. Pertama, rampasan pesawat itu mungkin dilakukan melalui kru. Kedua adalah melalui penumpang. Ketiga adalah stowaway dan yang terakhir adalah pengambilalihan elektrik pesawat melalui stesen di darat,” jelasnya.

Kargo pesawat terbabit telah sekian lama menjadi tajuk perbincangan selepas terdapat beberapa percanggahan.

Kira-kira dua bulan selepas kehilangan MH370, syarikat logistik, NNR Global mendakwa ia menghantar barangan seberat 2,453 kilogram dan 221 kilogram daripadanya adalah bateri litium dan selebihnya aksesori radio serta pengecas. – Agensi

Kategori