Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ajal Tiga Beranak Maut...

Dungun - Tiga beranak maut selepas Perodua Alza dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan...

20 Terperangkap Dalam Bangunan...

BEIJING: Sekurang-kurangnya 20 orang terperangkap selepas satu letupan menyebabkan sebuah bangunan runtuh di...

Mahathir Enggan Ulas Isu...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri hari ini enggan mengulas ketika ditanya wartawan sama ada...

Ancaman Alam Siber: TUDM...

ALOR SETAR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terus bekerjasama dengan negara luar...

Najib Sindir Chef Wan ‘Dirasuk Syaitan’

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis menyindir Datuk Redzuawan Ismail bahawa Tokoh Ikon Felda itu telah dirasuk syaitan.

Najib yang juga bekas Perdana Menteri berkata, Redzuawan atau lebih dikenali sebagai Chef Wan itu akan meminta maaf susulan mengeluarkan kenyataan di akaun Instagram mengenai golongan peneroka Felda.

ā€œIkon Felda bersuara. Dia kata peneroka Felda adalah orang malas serta suka berkahwin dua atau tiga. Selepas berkahwin pula, peneroka ā€˜membiak seperti kucingā€™.

ā€œTak apa, nanti dia akan meminta maaf dengan alasan bahawa dia sekali lagi dirasuk syaitan,ā€ katanya dalam status akaun Facebook miliknya, hari ini.

Tambah Najib, Chef Wan turut menggelarkan peneroka Felda sebagai ulat-ulat sampah yang hanya tahu ambil duit kerajaan.

ā€œPendapat seterus dia, saya tak sampai hati nak mengulas, ā€˜Golongan tidak bersyukur ini dilahirkan sebagai sampah dan mereka akan kekal sampai bila-bila sebagai sampahā€™,ā€ katanya.


Januari lalu, Chef Wan memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan kontroversi mahu menampar Najib.

Tukang masak terkenal itu mengakui kesilapannya kerana membuat kenyataan dalam keadaan marah.

ā€œYa, saya mengaku saya silap bila dirasuk syaitan dan naik marah!ā€ katanya di laman Instagramnya.

Semalam, Chef Wan yang merupakan generasi kedua Felda berjaya membawa nama negara ke seluruh pelusuk dunia menerusi masakan dipilih sebagai Tokoh Ikon Felda pada Sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan di Felda Selancar. Rompin, Pahang. – UTUSAN ONLINE

Kategori