Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pengasuh Kejam Racun Budak...

SEPULUH kanak-kanak di China dimasukkan ke hospital selepas pengasuh sebuah taska di negara...

Robot Angsa Periksa Bahan...

SINGAPURA - Jangan terkeliru jika anda terserempak melihat beberapa ekor angsa berenang tanpa...

Honda Lancar Edisi Terhad...

KUALA LUMPUR - Honda Malaysia melancarkan edisi terhad CR-V dengan kit badan Mugen,...

Lanjutan Tempoh Konsesi PLUS...

KUALA LUMPUR - Keputusan untuk melanjutkan tempoh konsesi PLUS Malaysia Bhd (PLUS) selama...

Najib Terima Banyak Ucapan Hari Lahir ‘Bossku’

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berterima kasih atas ingatan pelbagai pihak yang menyampaikan ucapan hari lahir sempena ulang tahun ke-66 beliau, hari ini.

Ucapan hari lahir pada tahun ini dilihat meriah apabila ruang komen Facebooknya dihujani ribuan ucapan hari lahir dengan gelaran ‘bossku’ berbeza dengan tahun sebelum ini.

Seorang netizen, Wan Syamsul Amri misalnya menulis, “Happy Birthday bossku DSN! Moga terus tabah hadapi rintangan.”

Jonathan Ramesh Raj, “Happy bitrhday #Bossku. Have a blessed one.”

Normadiah Mohamad Kunju menulis, Beautiful song for Boskuuu. Happy Birthday DSNR, semoga sentiasa dalam rahmat ALLAH SWT.”

Tidak lupa juga netizen yang memberi kata-kata semangat kepada bekas perdana menteri itu, antaranya Norman Shah, “Selamat Hari Lahir DSN dengan doa ALLAH akan memelihara dan menghadiahkan kebenaran berpihak buatmu. Secara peribadi saya yakin DSN akan kembali mempimpin kami dan membela nasib rakyat. 1Malaysia akan kembali.”

Adlie Macho pula menulis, “Selamat hari lahir bakal perdana menteri ke-8, Moga ALLAH kembalikan mandat dan maruah bangsa Melayu.”


Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang adalah anak sulung kepada Perdana Menteri kedua negara, Tun Abdul Razak Hussein.

Najib dalam perkongsian Facebooknya turut berkata, beliau menghargai ucapan yang ditinggalkan netizen dalam ruang komen FB miliknya.

Katanya, bulan Julai tahun lepas, beliau dihadiahkan sebuah lagu bertajuk ‘TQ Sir’.

“Bulan Julai ini pula, ada seorang sahabat telah menyunting sebuah video dengan lagu ini.

“Tadi dia hantar video ini melalui aplikasi WhatsApp sebagai hadiah hari jadi kepada saya. (Ya, birthday saya 23 Julai), Terima kasih,” katanya yang berkongsi sebuah video pendek. – Sinar Harian

Kategori