Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Nak Selamatkan Dunia? Anda...

MUNGKIN kedengaran canggung, namun, seorang menteri Perancis menggesa agar seluruh masyarakat dunia menghentikan tabiat...

Tak Perlu Tanding Di...

KOTA BHARU - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berpendapat...

Syabu Bernilai Lebih Setengah...

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah syabu bernilai RM566,000...

Program World #QuranHour Pada...

KUALA LUMPUR - Program World #QuranHour yang menghimpunkan umat Islam sedunia membaca al-Quran...

Nelson Mandela Kecewa Tak Dapat Bebaskan Anwar

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan tokoh pejuang penentangan dasar aparteid dan kemiskinan, Nelson Mandela kecewa kerana tidak dapat membantu beliau semasa di dalam penjara.

Bekas Presiden Afrika Selatan itu katanya, berusaha keras untuk membebaskan Anwar malah turut cuba mendapatkan rawatan kepadanya di Johannesburg.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, tokoh ternama dunia itu menjemput beliau bersama keluarganya ke Afrika Selatan sebaik sahaja beliau dibebaskan.

Katanya, walaupun Mandela mengalami penderitaan yang lebih hebat ketika di dalam penjara tetapi lelaki pejuang kulit hitam itu enggan bercerita mengenai diri beliau sebaliknya mahu mendengar kisah Anwar ketika dipenjarakan.

“Beliau sangat emosi ketika itu (tambahan pula) apabila memandang wajah anak-anak saya, beliau tahu betapa beratnya penderitaan yang mampu ditanggung oleh seseorang lelaki tetapi bukan buat anak-anak.

“Beliau meminta maaf. Katanya: “Anwar, saya minta maaf kerana tidak mampu membantu anda.”

“Saya kata kepadanya, “relaks, anda sudah lakukan yang terbaik.”

“Katanya sebagai seorang Presiden Afrika Selatan, beliau tidak mampu membantu seorang sahabat.

“Itulah Mandela,” katanya semasa berucap pada Hari Antarabangsa Nelson Mandela yang disambut bersempena hari kelahiran tokoh berkenaan di sini hari ini.


Menurut Anwar, beliau tidak pernah bertemu dengan seorang negarawan sehebat Mandela yang sanggup melayannya seperti seorang ahli keluarga.

“Ramai memuji saya sebagai seorang pemaaf tetapi saya tidak pernah melalui apa yang dilalui oleh Mandela semasa di dalam penjara.

“Maafkan saya kerana terlalu sentimental.

“Beliau melayan saya seperti seorang ahli keluarga dan sangat menyayangi anak-anak saya,” katanya.

Tambah Anwar, seluruh dunia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit melihat Mandela sebagai seorang tokoh yang sangat hebat.

Sehingga ke hari ini katanya, orang ramai masih lagi menyanjung kehebatannya mentadbir tetapi penuh belas ihsan dan kemaafan. – MalaysiaGazette

Kategori