Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Asyik Kangkang, Hijabista Ini...

BERTUDUNG sudah nampak manis, cantik pula tu. Sejuk aje mata memandang tapi... sayang......

Sultan Johor Berjaya Bida...

PUTRAJAYA - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, telah memenangi bidaan ke atas nombor...

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas...

PUTRAJAYA : Tiada rakyat Malaysia di Jepun yang terjejas dalam kejadian bencana gempa...

Kedutaan Palestin Tunggu Kelulusan...

KUALA LUMPUR - Kedutaan Palestin di Malaysia masih menunggu kelulusan kerajaan Mesir untuk...

Orang Muda Jadikan Politik Lebih Sukar Dijangka – Najib

KUALA LUMPUR – Landskap politik negara diramal bakal mengalami perubahan dengan usul meminda had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hal ini kerana sukar untuk menjangkakan pemikiran generasi muda sekali gus menjadikan politik lebih sukar dijangka dan rapuh.

“Sukar untuk kita jangka pemikiran generasi muda, mereka bergantung kepada situasi dan isu semasa waktu itu. Namun ia menjadikan politik lebih sukar dijangka, mungkin lebih rapuh,” katanya ketika ditemui media di Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, generasi muda dalam lingkungan umur 18 tahun kebiasaannya tidak berapa matang.

“Pada pemerhatian saya, orang muda pada umur sebegitu lebih mudah terpengaruh, mereka tidak berapa matang. Keduanya sekolah akan menjadi medan pertarungan parti politik yang mana tidak sihat. Di universiti tidak mengapa, namun bukan sekolah,” katanya.

Namun, bekas Presiden UMNO itu berkata, negara tidak boleh mengelak daripada trend antarabangsa yang mana kebanyakan pengundi mereka berumur 18 tahun.


“Kita akan sokong hanya dengan disekalikan pengundian automatik,” kata Najib lagi.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pembangkang sudah bersetuju dengan pindaan itu namun menuntut pendaftaran automatik.

“Itu kita dah bincang, pembangkang dah bincang dan saya bersetuju untuk itu (undi 18). Tapi apa yang penting (ia didaftarkan secara) automatik sebab orang kita malas daftar undi,” katanya. – Sinar Harian

Kategori