Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Reman Suspek Bunuh, Kerat...

PARIT BUNTAR – Perintah reman ke atas lelaki yang terlibat kes bunuh dan...

Warga Indonesia Maut Dalam...

KUANTAN Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas terbabit dalam pergaduhan di sebuah rumah...

7 Ditahan Terlibat Sindiket...

KUALA LUMPUR - Polis berjaya menyelesaikan 55 kes penipuan pinjaman di seluruh negara melibatkan kerugian dianggarkan RM220,000 dengan tertangkapnya tujuh individu yang dipercayai ...

SPAD Umum Kadar Khas...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Jumaat meluluskan kadar khas...

PAS ‘Tiada Selera’ Pelawaan PH – Abdul Hadi

KUALA LUMPUR – Walaupun ditawarkan peluang untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), namun PAS tetap dengan pendirian untuk tidak menerima gabungan itu sebagai ‘rakan kongsi’.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malah mengakui ‘ajakan’ yang diterima daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Parti Amanah Negara (Amanah) itu sebagai ‘tidak menyelerakan’.

“Tiada selera, cukup itu sahaja,” katanya ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini dilaporkan sedia membuka pintu kerjasama dengan PAS untuk menjadi sebahagian parti komponen PH demi penyatuan umat Islam.

Tawaran itu dilakukan selepas bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mempelawa PAS untuk mempertimbangkan tawaran menyertai PH.

Husam yang kini merupakan Naib Presiden Amanah berkata, sudah tiba masanya PAS dan pemimpinnya berfikir jika tidak mahu perjuangan selama lebih 60 tahun menumbangkan UMNO menjadi sia-sia. – UTUSAN ONLINE

Kategori