Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Beberapa Saksi Akan Dipanggil...

KUALA LUMPUR - Beberapa saksi akan dipanggil untuk siasatan dalaman insiden tren kargo...

Zahid Bayar Tunai Lebih...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Dr Ahmad...

Mungkin Ini Pengantin Paling...

SEPASANG pengantin baru dari Kaherah, Mesir kini menjadi perbualan hangat di seluruh dunia. Ini...

PM Bidas Kerajaan Selangor...

KUALA SELANGOR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menawarkan kepada kerajaan...

Pasir Gudang Masih Tenat?

1. PEJAM celik, tragedi pencemaran di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang sudah berlalu hampir empat bulan. Tragedi tersebut telah memaksa ribuan pelajar dan penduduk tempatan mendapatkan rawatan di hospital dan berdepan pelbagai masalah kesihatan. Dilaporkan semalam, seramai 39 orang pelajar dari lima buah sekolah di Pasir Gudang mengalami simptom muntah dan sesak nafas sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Pasir Gudang dan Masai.

2. Insiden terbaru ini menunjukkan kegagalan YB Menteri Yeo Bee Yin dalam mengurus-tadbir tragedi pencemaran alam sekitar di Pasir Gudang yang berlarutan hampir 4 bulan. Sehingga hari ini, YB Yeo sekadar membuat kenyataan bahawa kementerian, jabatan alam sekitar dan kerajaan negeri menggiatkan langkah penguatkuasaan ke atas kilang-kilang di Pasir Gudang. Malangnya, sehingga hari ini hanya langkah reaktif yang dilaksanakan dengan memberikan alat pengesan gas kepada sekolah-sekolah di Pasir Gudang pada awal bulan Julai. Namun, insiden sama terus berulang menyaksikan bahawa langkah ini bukanlah langkah penyelesaian kepada tragedi ini.

3. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa pihak kementerian mengambil langkah drastik untuk menghukum pengusaha kilang-kilang yang menjadi penyebab masalah pencemaran ini. Biar masalah diselesaikan hingga ke akarnya. Jabatan Alam Sekitar telah mengenalpasti 3 kilang yang mengeluarkan gas berbahaya melebihi paras dibenarkan. Seharusnya tindakan tegas perlu diambil sekarang, bukan dilambat-lambatkan. Insiden terbaru yang berlaku sekitar Masai sememangnya berkait dengan masalah pencemaran alam sekitar. Fakta menunjukkan Sungai Masai adalah sungai yang dikelaskan sebagai “Sungai Mati” atau Sungai Kelas V. Sungai Mati merujuk kepada sungai yang paling buruk dan tidak selamat untuk sebarang penggunaan.

4. Oleh itu, Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa YB Yeo untuk menghukum dan memberhentikan kilang-kilang yang melepaskan gas-gas berbahaya yang melepasi paras dibenarkan. YB Yeo juga perlu mengambil langkah drastik tanpa memilih bulu demi anak-anak di sekolah. Anak-anak kita adalah keutamaan, bukan pengusaha kilang. Akhir sekali, tumpuan juga harus diberikan untuk memelihara sungai yang masih bersih dan memulihara sungai yang sudah mati. Khazanah alam sekitar perlu dipelihara seimbang dengan kepesatan pembangunan setempat.

Demi Bangsa Malaysia!

Shahir Adnan
Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia,
Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera

Kategori