Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Bajet 2016: Program Berpaksikan...

PUTRAJAYA - Bajet 2016 akan mengutamakan program-program berpaksikan rakyat berikutan ekonomi dunia dan...

Ubat Mengandungi Kanabis Mula...

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan membenarkan penggunaan beberapa produk perubatan mengandungi kanabis atau...

APMM Sabah Rampas Rokok...

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan merampas...

Suspek Songlap Telefon Bimbit...

SUSULAN penahanan seorang pemuda berusia 22 tahun yang disyaki melakukan perbuatan jenayah cuba...

Pelajar Larikan Diri Dakwa Dibuli Di Sekolah

SHAH ALAM – Tindakan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun melarikan diri dari rumahnya di Pekan Kuala Selangor hari ini didakwa mempunyai kaitan isu buli di sekolahnya. 

Ibu remaja itu, Mardiana Ismail, 58, berkata, perkara itu dibangkitkan oleh anaknya, Ahmad Fitri Mohammad Shaffie pada Ahad lalu sewaktu ingin menghantarnya ke asrama. 

Menurut Mardiana, anak bongsu daripada lima beradik itu memaklumkan kejadian buli itu telah lama berlaku dan dipendamkan oleh Ahmad Fitri. 

“Saya rasa sebab itu dia (Ahmad Fitri) enggan dihantar semula ke asrama Ahad lalu dengan memberikan pelbagai alasan sebelum menghilangkan diri awal pagi tadi. 

“Saya juga ada berjumpa dan memaklumkan pihak sekolah Ahmad Fitri mengenai kehilangannya dan dakwaan buli itu dan mereka akan menyiasat perkara tersebut,” katanya ketika dihubungi. 

Menceritakan lebih lanjut, Mardiana yang merupakan pesara guru berkata, Ahmad Fitri menghubungi menerusi telefon bimbit yang dipinjam daripada seseorang semasa berada di Mydin USJ. 

Ujarnya, panggilan itu dilakukan bagi mengetahui rumah sewa salah seorang kakaknya, Norhazwani, 32 di kawasan tersebut. 


“Rasa amat bersyukur apabila Ahmad Fitri menghubungi saya dan memintanya berada situ sehingga diambil oleh Norhazwani dan abangnya, Mohd. Ghazali, 33, kira-kira pukul 4 petang tadi.

“Laporan polis juga telah dilakukan di sebuah balai polis di kawasan situ bagi memaklumkan penemuannya sebelum mereka kini dalam perjalanan pulang ke rumah di Kuala Selangor,” katanya. 

Jelas Mardiana, dia tidak menolak kemungkinan Ahmad Fitri pergi ke Mydin USJ yang sejauh kira-kira 72 kilometer daripada rumahnya dengan menaiki bas dengan wang saku RM60 yang diberikan semasa hendak menghantarnya ke sekolah Ahad lalu. 

Terdahulu, Ahmad Fitri dilaporkan melarikan diri dengan meninggalkan sekeping nota yang disedari Mardiana kira-kira pukul 6.30 pagi.

Kategori