Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Gobind Minta TM Beri...

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia meminta Telekom Malaysia (TM) memberi penjelasan...

Kisah Dilema Seorang Wanita...

KECIL salah, bila besar pun masalah. Haih, macam-macam hal lah kan.Mungkin sesetengah wanita begitu...

Bekas Pengurus Projek Petronas...

KUALA LUMPUR - Bekas Pengurus Projek Petronas ICT Sdn. Bhd. (Petronas ICT) didakwa...

Trak Malaysia Buat Palu...

KOTA PALU- INDONESIA - Senyuman manis terukir di wajah penduduk dengan kehadiran 10...

Pemilik Kebun Harumanis, Ini Pesanan Mufti Perlis

KANGAR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan pemilik kebun mempelam harumanis di negeri ini supaya tidak lupa membayar zakat hasil jualan mereka yang memberi pendapatan lumayan.

Beliau berkata walaupun zakat dikenakan bagi hasil tanaman makanan asasi penduduk sesebuah negara seperti tanaman padi di negara ini, namun Majlis Fatwa Negeri Perlis menetapkan hasil jualan mempelam harumanis juga wajib dibayar zakat kerana pemilik kebun harumanis lebih berada (kaya) daripada penanam padi.

Beliau berkata demikian dalam Forum Agama bertajuk ‘Gerakan Pembaharuan Di Nusantara: Peranan Muhammadiyah’ di Masjid Alwi di sini.

Antara zakat yang perlu dibayar oleh umat Islam mengikut masa (haul) dan jumlah dikenakan (nisab) ialah zakat harta, zakat ternakan, zakat pertanian, zakat takaful, zakat perniagaan serta zakat emas dan perak.

Selain punca pendapatan, mangga harumanis adalah ikon kepada negeri Perlis.

Kategori