Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

IJN Sediakan Laporan Perubatan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan dan Institut Jantung Negara (IJN) masih dalam proses...

T’ganu Peruntuk RM1 Juta...

KUALA NERUS - Kerajaan negeri memperuntuk RM1 juta bagi membantu mangsa fenomena air...

Mangsa Kebakaran Terima Sumbangan...

PELABUHAN KLANG - Sepasang suami isteri yang menjadi mangsa kebakaran rumah di Pangsapuri...

Trafik Di Timur Selat...

SINGAPURA - Keadaan trafik perkapalan di timur Selat Johor dan operasi di pelabuhan...

Pemimpin Berdepan Siasatan Harus Bercuti – Shamsul Iskandar

KEMUSYKILAN ramai berhubung proses penyiasatan polis yang sekarang ini beralih kepada penyebaran video lucah dan bukannya ketulenan video yang melibatkan seorang Menteri seharusnya merupakan satu peringatan bahawa rakyat masih meragui tahap kebebasan agensi penguatkasaan negara walaupun sudah lebih setahun kerajaan bertukar.

Keraguan masyarakat ini akan menjadi lebih parah sekiranya pihak berkuasa dilihat ataupun disyaki membuat siasatan bagi tujuan melindungi individuindividu yang berkuasa.

Di dalam semangat Malaysia Baharu semua pihak terutamanya pemimpin politik dan penjawat awam perlu bertanggungjawab membantu mengembalikan keyakinan umum kepada agensi penguatkuasaan negara terutamanya kepada pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara disamping melindungi integriti dan kebebasan mereka untuk menjalankan tanggungjawab dengan bebas dan adil.

Justeru itu, pemimpin-pemimpin politik yang dikaitkan dengan tuduhan salah laku boleh membantu agensi penguatkuasaan kita dengan sekurang-kurangnya bercuti sementara dari menjalankan tugas rasmi sehingga siasatan ke atas mereka selesai dijalankan sepenuhnya.

Tindakan ini penting bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan tugas dengan bebas dan adil serta menunjukkan kepada masyarakat bahawa pemimpin-pemimpin ini tidak cuba berselindung di sebalik jawatan tinggi, kedudukan di dalam parti apatah lagi di belakang Perdana Menteri sebagai perisai pertahanan mereka.

Mengambil contoh jika seseorang pegawai kerajaan yang berhadapan dengan siasatan pihak berkuasa, beliau akan dilepaskan dari tugasan hakiki buat sementara waktu dan jika didakwa di mahkamah, beliau akan digantung tugas serta-merta.

Justeru, atas prinsip hak kesaksamaan dan kesamarataan dibawah undang-undang menyatakan bahawa anggota pentadbiran termasuk para menteri dan exco-exco negeri sekurang-kurangnya diberikan layanan yang sama ataupun lebih tegas.


Saya juga ingin mengingatkan bahawa jasa bakti serta kedudukan penting seseorang itu tidak boleh mengaburi kedaulatan undang-undang. Undang-undang harus ‘buta’ dari ketidak-adilan apatah lagi memilih bulu.

Atas sebab-sebab tersebut serta bagi memastikan integriti pihak PDRM dan SPRM sentiasa terpelihara, sudah tiba masanya untuk anggota pentadbiran untuk berpegang kepada prinsip yang dilaungkan mereka.

Saya menyeru agar pemimpin-pemimpin yang didakwa terlibat dengan salah laku agar bercuti secara sukarela bagi memberi laluan kepada siasatan dijalankan secara sepenuhnya.

Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin

Ketua Penerangan PKR

Kategori