Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

PAS Penentu Politik Negara...

KUALA LUMPUR - DAP meminta sekutunya dalam Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu...

Lucu… Guna ‘Wife’ Jiran...

CUBA bayangkan, tiba-tiba jiran anda memberi sms untuk minta maaf kerana sudah terlanjur...

[TIDAK RASMI] GPS Mendahului...

PETALING JAYA : Keputusan tidak rasmi menyaksikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mendahului 25...

Kubur Anak Jadi Rumah...

KOTA SARANG SEMUT - Tanah perkuburan Islam Masjid Permatang Buluh, di sini, diibaratkan...

Pencuri Getah Sekerap Dibelasah, Telinga Hampir Putus

PASIR PUTEH – Gara-gara mencuri getah sekerap milik penduduk, seorang pemuda bukan sahaja dibelasah sekumpulan penduduk malah telinganya hampir putus dipercayai dipotong dalam kejadian di Gaal di sini semalam.

Video kejadian yang tular di laman sosial sejak malam tadi itu dipercayai berlaku di sebuah kampung di Gaal di sini pada jam 5.30 petang semalam selepas penduduk berjaya menangkap pemuda terbabit.

Selain telinga kiri dipotong, suspek berusia 26 tahun itu turut mengalami kecederaan patah rahang.

Difahamkan, penduduk juga menemui guni berisi getah sekerap seberat 15 kilogram bersama suspek ketika ditangkap.

Bagaimanapun, rakan suspek dipercayai berjaya melarikan diri.


Polis yang menerima laporan mengenai penangkapan suspek itu membawanya ke Hospital Tengku Anis di sini untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Kubang Kerian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Asisten Superintenden Amran Mat ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian itu.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – Sinar Harian

Kategori