Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Google Maps Rakam Imej...

SEPASANG pasangan kekasih dirakam oleh Google Maps sedang bercumbu di tepi pantai. Wanita yang...

Lelaki Maut Kereta Langgar...

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya dilapor melanggar bahagian...

Perancis Meningkatkan Amaran Keganasan...

PARIS: Kerajaan Perancis meningkatkan amaran amaran keganasannya ke tahap tertinggi susulan kes tembakan...

Amalan LGBT Tidak Boleh...

KUALA LUMPUR - Amalan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) tidak boleh dipersetujui...

Perlu Cermat Bawa Pulang Jho Low – KPN

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih sedang berunding dengan pihak berkuasa negara ahli perniagaan Low Tael Jho atau Jho Low bersembunyi bagi membawa pulang individu berkenaan yang terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, bagaimanapun, usaha itu memerlukan langkah yang cermat dan berhati-hati bagi memastikan tidak tersilap langkah.

“Kita tidak mahu pihak berkuasa di negara dimana Jho Low sedang bersembunyi berasa seolah-olah kita mahu menekan mereka.

“Bagaimanapun, proses rundingan masih sedang dijalankan dengan pihak berkuasa di negara tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Hari Raya Aidilfitri Menteri Wilayah Persekutuan bersama Warga PDRM di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, pihaknya berharap pihak berkuasa tempat Jho Low bersembunyi memahami keperluan membawa pulang ahli perniagaan terbabit.


Katanya, pihaknya tidak meletakkan sebarang tempoh yang ditetapkan dalam usaha membawa pulang Jho Low.

“Proses berkenaan sedang berjalan dan saya harap mereka faham mengenai keperluan membawa pulang Jho Low bagi menghadapi proses undang-undang di negara ini.

“Setakat ini, proses berkenaan sedang berjalan dan kita tidak meletak sebarang tempoh masa yang ditetapkan dalam usaha membawa pulang Jho Low,” jelasnya

Kategori