Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sultan Johor Kurnia Makanan...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan...

3 Syarikat Indonesia Di...

PETALING JAYA - Tiga firma Indonesia yang berpangkalan di Singapura dikaitkan dengan kebakaran...

Tok Pa Umum Tidak...

Kota Bharu : Penyandang Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan tidak mempertahankan...

Mat Redho Dicalon Anugerah...

MUAR - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bercadang mencalonkan...

PM Nyata Komitmen Kerajaan Tingkat Kesejahteraan Rakyat

KUALA LUMPUR – Kemakmuran bersama rakyat menjadi teras komitmen kerajaan yang diterajui parti Pakatan Harapan dalam merencana program dan dasar bagi merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, bermaruah dan merdeka.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata walaupun baharu sahaja memegang tampuk pemerintahan kira-kira setahun, kerajaan telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan berhasil dalam banyak perkara mengambil kira kedudukan kewangan negara yang diwarisi sebelumnya.

“Dalam hal ini, Patik akan terus memastikan jentera Kerajaan Tuanku tidak berpeluk tubuh dan berpuas hati dengan pencapaian-pencapaian yang telah dicapai setakat ini.

“Usaha-usaha akan terus dilipatganda untuk mengembalikan Malaysia menjadi antara paksi ekonomi penting di Asia,” katanya semasa menyembahkan ucapan tahniah dan taat setia atas pertabalan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara hari ini.

Dr. Mahathir yang mewakili seluruh rakyat negara ini, turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskadariah sebagai Raja Permaisuri Agong.

Dr. Mahathir turut merakamkan junjungan kasih kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, sepanjang pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 sehingga 6 Januari lepas.

Dalam ucapannya, Dr. Mahathir memaklumkan bahawa pertumbuhan ekonomi negara masih berterusan dan inisiatif-inisiatif untuk membina semula negara supaya menjadi lebih maju terus giat dilaksanakan.

Katanya walaupun dunia kini dilanda ketidaktentuan ekonomi dan pergolakan geopolitik, namun usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan telah memberi keyakinan kepada rakyat bahawa negara mampu untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut sekali gus meminimakan kesan buruk yang mungkin hadapi.

Perdana menteri berkata pembangunan negara tidak akan bermakna jika terdapat rakyat yang masih hidup dalam kesusahan dan terpinggir daripada limpahan pembangunan, justeru kerajaan akan terus berusaha dengan lebih gigih untuk meningkatkan program-program kesejahteraan hidup rakyat.

Ini termasuk usaha untuk mengurangkan beban kenaikan kos sara hidup dengan meningkatkan kuasa beli dan menghapuskan jurang pendapatan antara kelas, kaum dan wilayah, katanya.


Dalam menjayakan usaha itu, kata Perdana Menteri, kerjasama semua pihak amat diperlukan agar kenaikan harga barang dan kos sara hidup dapat ditangani secara holistik.

Sempena ulangtahun pertama pemerintahan Kerajaan PH Mei lepas, Dr. Mahathir berkata kerajaan mengumumkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang bertujuan memastikan seluruh rakyat merasai nikmat ekonomi dan kemakmuran negara secara bersama dan lebih adil dan teragih.

“Kemakmuran Bersama ini dibangunkan untuk mencapai beberapa objektif utama, iaitu untuk memastikan jurang pendapatan dan kekayaan rakyat dapat ditangani,” katanya.

Perdana Menteri berkata komitmen untuk meningkatkan kecekapan, ketelusan, tadbir urus dan integriti akan menjadi agenda penting berterusan kerajaan dalam memastikan kecekapan jentera pentadbiran yang pernah menjadi antara contoh kepada banyak negara sebelum ini terus berada di tahap tertinggi dalam menghadapi era globalisasi, cetusan maklumat serta Revolusi Industri 4.0.

Katanya langkah-langkah bagi meningkatkan tadbir urus, integriti dan membasmi rasuah termasuk mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang terlibat dalam aktiviti rasuah dan salah guna kuasa akan terus dilaksanakan.

“Kerajaan Tuanku akan memastikan tiada sesiapa mengatasi undang-undang. Pada masa yang sama prinsip ketelusan sebagai mekanisme semak dan imbang kepada kerajaan akan terus dipertingkatkan.

“Semua usaha ini membuktikan Kerajaan Tuanku amat serius dalam menangani masalah-masalah yang selama ini telah menjejaskan kesejahteraan rakyat dan meruntuhkan imej Negara di persada antarabangsa,” katanya.

Dr. Mahathir menegaskan perhatian akan sentiasa diberi untuk meningkatkan perpaduan rakyat dan bagi memperkukuhkan usaha tersebut, Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat telah ditubuhkan yang akan bertindak sebagai badan bebas bagi menasihati kerajaan dalam isu-isu berkaitan perpaduan dan kesejahteraan sosial.

Kategori