Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Najib, Bekas Menteri Perlu...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas...

Bekas CEO Nascom Dibebas...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi membebaskan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Komputer Nasional...

Azwan Ali Didenda RM17,000...

KUALA LUMPUR - Bekas pengacara, Azwan Ali, dijatuhi hukuman denda RM17,000 oleh Mahkamah...

Muhyiddin Melahirkan Rasa Kesal...

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa...

Polis Buka 2 Kertas Siasatan Berhubung Kes Exco Perak

IPOH – Polis membuka dua kertas siasatan berhubung dakwaan seorang Ahli Exco kerajaan negeri Perak yang dikatakan telah membocor kertas minit mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri bagi mendapatkan habuan.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, dua kertas siasatan tersebut dibuka berikutan laporan polis yang dibuat oleh Ahli Majlis Daerah Kerian yang juga Ahli Jawatankuasa PKR Parit Buntar, Beh Yong Kean dan Exco berkenaan, Abdul Yunus Jamhari.

“Siasatan bagi kedua-dua kes berkenaan dijalankan selepas polis menerima Perintah Untuk Menyiasat (OTI) daripada Pengarah Pendakwaan Negeri.

“Kita menyiasat dakwaan Yong Kean di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 manakala laporan polis oleh Abdul Yunus pula disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kontinjen Perak di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Tambah Razarudin, polis memperoleh OTI semalam dan siasatan telah dilakukan dengan mengambil keterangan daripada kedua-dua saksi.


Sabtu lalu, Yong Kean membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang Ahli Exco kerajaan negeri Perak telah membocorkan kertas minit mesyuarat MMK bagi tujuan mendapatkan komisen daripada dua buah syarikat pertanian.

Menurut Yong Kean, perkara itu berlaku selepas ahli exco berkenaan bersetuju untuk menyokong permohonan pemilikan tanah pertanian seluas lebih 36 hektar kepada dua buah syarikat berkenaan.

Dalam pada itu, Abdul Yunus yang dikaitkan sebagai Exco terlibat menafikan tuduhan palsu tersebut dan menyifatkan ia bertujuan untuk menjatuhkannya sekali gus menggugat kestabilan kerajaan.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau itu di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian Ahad lalu.

Kategori