Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

3 Tips Penting Sebelum...

SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba, semua orang pasti tidak sabar mahu pulang...

Wanita Pecah Amanah Duit...

Seorang kerani sumber manusia yang melakukan pecah amanah kerana curi wang gaji milik...

Warga Emas Lintas Jalan...

ALOR SETAR : Hasrat seorang bapa untuk makan malam bersama keluarga tidak kesampaian...

Tanpa JDT: Jenaka Apa...

SETELAH seri 2-2 menentang pasukan bertaraf liga semi profesional, Mongolia Khamis lalu, jurulatih...

Pontun Punca Pencemaran Air Belum Dialihkan

KUALA SELANGOR – Pontun miliki syarikat Two-B Machineries Sdn. Bhd., kontraktor dilantik Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) yang menjadi punca pencemaran minyak diesel Ahad lalu masih belum dialihkan.

Menurut sumber, pontun itu belum dialihkan disebabkan polis masih lagi menjalankan siasatan berhubung pencemaran minyak diesel tersebut.

“Perkara ini masih lagi dalam siasatan polis dan sebab itu ia belum dialihkan. Kita khuatir sekiranya dialihkan akan ganggu siasatan.

“Bagaimanapun, sejurus siasatan selesai, kita akan segera mengalihkannya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, status terkini berhubung pemulihan di empat Loji Rawatan Air yang tercemar akibat pencemaran itu telah mencapai tahap 98 peratus sehingga pukul 12 tengah hari tadi.


Katanya, berdasarkan pemerhatian, pihaknya menyasarkan pemulihan sepenuhnya bagi seluruh kawasan adalah pada Jumaat ini kira-kira pukul 9 pagi.

““Bagi wilayah Kuala Lumpur (117,837) dan Kuala Langat (9,571), proses pemulihan telah mencapai 99 peratus manakala bagi Petaling (414,955) serta Klang/Shah Alam (416,996) masing-masing telah pulih 98 dan 97 peratus.

“Air Selangor akan terus menggerakkan bantuan bekalan melalui lori-lori tangki air dan pusat khidmat setempat (PKS) di kawasan yang terjejas sehingga bekalan pulih sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori