Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Peminat Kecewa, Tiket Laku...

IMPIAN sesetengah peminat Malaysia untuk menyaksikan persembahan live Coldplay hancur lebur apabila tiket Coldplay...

Laman Web MAS Kena...

LAMAN rasmi syarikat penerbangan nasional negara, Malaysian Airlines (MAS) telah digodam satu pihak yang...

Terima 38,000 Aduan Gangguan...

TANGKAK - Sebanyak 38,236 aduan gangguan hidupan liar dilaporkan penduduk di seluruh negara...

Media `Kritik’ Jabatan Komunikasi...

KUALA LUMPUR - Gerakan Media Marah (Geramm) membantah tindakan Jabatan Komunikasi Korporat Parlimen...

PRU-15: PAS Saran Amanah Guna Logo DAP

MARANG – PAS hari ini menyarankan Parti Amanah Negara (Amanah) agar menggunakan logo DAP dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, berdasarkan realiti semasa, Amanah dilihat hanya ‘kuat’ dengan menumpang pengaruh DAP semata-mata sebagai talian hayat mereka dan gagal mendapatkan undi orang Melayu pada PRU-14 lalu.

Katanya, hal itu terbukti apabila undi yang diraih Amanah di negeri majoriti orang Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah meleset.

“PKR parti pelbagai kaum manakala Amanah pula lebih kepada DAP, sebab itu saya cadangkan supaya guna simbol DAP pada PRU akan datang, cara itu dapat tarik undi DAP.

“Amanah cuma kuat di kawasan yang ada pengundi-pengundi DAP dan atas sebab itu lebih baik pakai simbol DAP saja,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya sejurus selesai mengadakan Kuliah Jumaat di Masjid Rusila di sini hari ini.

Pada Mac lalu, Abdul Hadi ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-41 PAS Kawasan Ketereh di Kelantan mendakwa Amanah sebenarnya diwujudkan semata-mata untuk menjadi alat kepada strategi DAP yang mahu menyekat pengaruh dan peluang PAS dalam PRU-14.


Dalam ucapannya, Abdul Hadi dilaporkan berkata, DAP tidak pernah berhenti berusaha mencari jalan mengekang pengaruh PAS kerana agenda parti itu adalah untuk menyekat kemaraan Islam di negara ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengapa parti serpihan PAS itu tidak ke hadapan dalam isu-isu penghinaan terhadap Islam, Abdul Hadi menyifatkan kepemimpinan Amanah sebagai sudah hilang wajah sebagaimana ketika berada dalam PAS dahulu.

“Itu menandakan identiti mereka duduk dalam PAS sudah hilang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori