Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Rakyat Perlu Hargai Nikmat...

KANGAR - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengingatkan rakyat supaya sentiasa...

Anggota Badan Jamal Ditemui...

ISTANBUL – Bahagian badan wartawan, Jamal Khashoggi ditemui di kediaman Konsul Besar Arab...

Tragedi Main ‘Dayung Bot’,...

LABUAN - Kegembiraan tiga murid sekolah bermain 'mendayung bot' bertukar tragedi apabila seorang...

Lelaki Ditahan Kerana Beromen...

DUNIA yang kita diami hari ini dipenuhi pelbagai peristiwa dan kejadian pelik.Semakin...

Rakyat Mual Konspirasi Seks Pakatan Harapan

1. RAKYAT Malaysia digegarkan pada bulan lepas dengan pelbagai klip video seks luar tabii bekas Ketua AMK Santubong yang mendakwa bersama seorang Menteri Kanan Pakatan Harapan. Pihak polis masih menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kesahihan video tersebut dan penyebaran bahan lucah. Sehingga kini beberapa individu telah ditangkap untuk siasatan.Tahniah diucapkan kepada pihak polis. Hari ini, terdapat pula penulisan di media maya yang mengatakan wujudnya klip video seks luar tabii menyerupai pemimpin kanan lain dari parti politik yang sama.

2. Terbaru, gesaan dalaman Parti PKR daripada Presiden parti sendiri yang menggesa YB Azmin Ali bercuti atau berundur jika benar berada di dalam video tersebut. Kemudian, YB Azmin membuat kenyataan terbuka menyindir presiden parti. Hari ini, pelbagai gesaan daripada pihak Azmin menyatakan agar Presiden parti tidak memecah-belahkan parti. Politik PKR umpama “keluarga bergaduh, riuh satu kampung”.

3. Di saat ringgit makin lemah dan pelabur asing saban hari keluar dari Malaysia, keadaan politik sebegini menyebabkan rakyat mual dan muak dengan tiada pimpinan berkualiti daripada Menteri Pakatan Harapan. Akhirnya, ekonomi negara makin parah dan rakyat makin tertekan.

4. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa kerajaan memberikan focus kepada masalah rakyat dan ekonomi negara, daripada bergaduh berebut tempat menjadi pengganti Tun Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri ke-7. Biar Tun Dr. Mahathir melaksanakan tanggungjawab beliau tanpa diganggu-gugat oleh anasir-anasir konspirasi politik.

Demi Bangsa Malaysia!

Shahir Adnan
Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia,
Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera

Kategori