Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Hala Tuju ‘Barter Trade’...

SANDAKAN - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menyediakan rumusan mengenai hala...

Fail Lama Di IPD...

KUALA TERENGGANU - Sebuah bilik yang menempatkan fail dan dokumen lama di Cawangan...

Fazura Hamil Empat Bulan

PELAKON popular Fazura berkongsi berita gembira apabila kini hamil anak pertama hasil perkahwinan...

Bagi MC Tak Cukup...

GARA-GARA memberi sijil cuti sakit atau MC yang tidak mencukupi, seorang doktor di...

Rayuan BSH 2019 Dibuka Hingga 15 Ogos Depan

PUTRAJAYA – Tempoh permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dibuka mulai hari ini hingga 15 Ogos depan bagi memastikan program itu disasarkan kepada individu yang benar-benar layak.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, kumpulan yang tidak layak masih diberi ruang untuk mengemukakan rayuan bersama dokumen berkaitan untuk diverifikasi semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui proses rayuan tersebut.

Katanya, permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH menerusi pautan https://bsh.hasil.gov.my/ atau dengan hadir ke mana-mana cawangan atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

“Kerajaan akan terus mengambil langkah proaktif dalam menangani masalah dan isu yang timbul sepanjang pelaksanaan BSH.

“Kerajaan juga akan sentiasa menambah baik program BSH bagi memastikan bantuan yang diberikan adalah berkesan dan mencapai kumpulan sasar khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dalam membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat,” katanya di sini hari ini.

Kementerian Kewangan berkata, setakat ini, jumlah keseluruhan pembayaran BSH 2019 bagi fasa pertama dan kedua adalah sebanyak RM2.62 bilion.


Menurutnya, pembayaran BSH 2019 fasa kedua dilaksanakan mulai 28 Mei lalu melibatkan 3.6 juta penerima di seluruh negara.

“Bayaran fasa kedua itu melibatkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1.42 bilion dan dilaksanakan berdasarkan kategori merangkumi bilangan tanggungan anak dan nilai bantuan yang akan diterima.

“Kadar bantuan termasuk bayaran untuk tanggungan melibatkan 3.2 juta anak penerima berumur 18 tahun ke bawah, terhad kepada empat orang, kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka,” katanya.

Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada [email protected] untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Kategori