Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Nasi ‘Lauk’ Sayur Berharga...

SEJAK dari dahulu lagi, kantin sekolah sememangnya memberikan peranan yang sangat penting dalam...

QZ8501- MAS Beri Kata-Kata...

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) di laman Facebooknya turut menyampaikan pesanan dan ucapan...

Restoran Saji Makanan Percuma...

PELBAGAI taktik digunakan oleh pengusaha-pengusaha restoran di China untuk melariskan lagi premis perniagaan...

Pos Malaysia Perkenal Identiti...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Bhd hari ini memperkenalkan identiti korporat baharunya, yang...

Remaja Biadab, Pijak Al-Quran Bersumpah Zina

KOTA BHARU – Seorang remaja perempuan bertindak biadab meminjak senaskah al-Quran gara-gara mahu membuktikan dia berzina dengan seorang lelaki.

Sebuah rakaman tular berdurasi tiga minit 13 saat di Facebook itu memaparkan remaja tersebut memijak al-Quran yang terbuka sambil dirakam individu lain dan disaksikan dua lagi remaja perempuan.

Mereka turut bercakap dalam dialek Kelantan.

Dalam paparan video itu, remaja itu disoal sekumpulan remaja perempuan berhubung berbuatan zina dan memintanya membuat pengakuan melakukan perbuatan terkutuk itu.

Mereka juga mengunakan bahasa tidak sopan dan turut bergelak ketawa sambil remaja terbabit mengaku berzina tanpa kerelannya.


Sehingga jam 11.30 malam tadi, paparan itu mendapat lebih 4,000 komen balas dan video tersebut juga turut dikongsi di WhatsApp.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Azmi Abu Kassim ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya sedang menyemak kes berkenaan. – Sinar Harian

Kategori