Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Harakah Gagal Minta Maaf,...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak hari ini, meneruskan...

Kedah Lulus Bantuan Khas...

Kerajaan negeri Kedah bersetuju memberikan bantuan khas kewangan berjumlah RM1,500 bagi setiap seorang...

Kadar Siap RMR1M Kedah...

KULIM - Kedah kini berada pada kedudukan keempat jumlah penyiapan Rumah Rakyat 1Malaysia...

Beli Tiket Di Kaunter...

KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengingatkan orang ramai supaya membeli...

Rihana Mahu Sultan Kelantan Jalani Ujian DNA

MOSCOW – Ratu cantik Rusia yang diceraikan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mencabar bekas Yang di-Pertuan Agong itu untuk menjalani ujian DNA, lapor Daily Mail.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas pihak Sultan Kelantan sebelum ini yang menafikan baginda adalah bapa biologi kepada bayi yang baru dilahirkan model itu.

Rohana Oksana Veovodina, 26, memeluk Islam dan berkahwin dengan Sultan Kelantan pada tahun lalu sebelum Sultan Muhammad V melepaskan kedudukan Yang di-Pertuan Agong pada Januari lalu.

Baru baru ini, Sultan Muhammad V mendedahkan baginda telah bercerai talak tiga dengan Rihana selepas meragui status kelahiran anak itu.

Peguamnya, Koh Tien Hua mengesahkan punca penceraian baginda kerana tiada bukti kukuh menunjukkan baginda bapa biologi kepada anak yang lahir pada Mei lalu sebelum mereka bercerai.

Namun rakan bekas Ratu Moscow itu bertegas perkahwinannya dengan Sultan Muhammad V masih sah dan menolak kenyataan ada lelaki lain merupakan bapa biologi kepada anak yang dilahirkannya.

Rihana yang kini tinggal dengan bayi berusia dua bulan itu di kediamannya di Moscow menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Sultan Kelantan.

Dalam pada itu, peguam Oksana di Moscow, Evgeny Tarlo yang juga bekas senator di Rusia menjelaskan keraguan yang dibangkitkan oleh Sultan Muhammad V adalah tidak masuk akal serta mencabar peguam baginda untuk membuktikan dakwaan berkenaan.


“Saya tidak kenal siapa Koh Tien Hua (peguam baginda) dan atas hak apa dia berkomen mengenai kehidupan peribadi Oksana, lagi pun dia tidak mempunyai kredibiliti campuri urusan keluarga Rihana.

“Tiada sebarang penceraian berlaku antara Rihana dan suaminya saya dengan penuh bertanggungjawab boleh memberitahu perkara ini,” dakwa peguam itu.

Peguam Rihana di Moscow membidas kenyataan baginda dan peguamnya dari singapura sebagai penipuan dan mengarut sambil meminta Sultan Muhammad V menjalani ujian DNA untuk membuktikan dakwaan baginda.

Pada 20 Julai lalu, Sultan Muhammad V sah bercerai talak tiga dengan Rihana.

Sebelum itu, pasangan tersebut berkahwin dalam satu majlis tertutup di Rusia pada November 2018 dan telah menimang cahaya mata dinamakan Tengku Ismail Leon Petra pada 21 Mei lalu. – MalaysiaGazette

Kategori