Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Izzah Letak Jawatan Kerana...

Rafizi Ramli melihat keputusan Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR...

Datuk Bandar, YDP Jangan...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan Datuk Bandar...

Janda Dibunuh, Guru Agama...

KUALA LUMPUR - Seorang janda beranak empat dilapor mati dibunuh teman lelakinya di...

Nora-Nedim Tak Mahu Lama-Lama...

SERING kali kita melihat kebanyakan selebriti tempatan tidak menayangkan wajah bayi mereka yang...

Ringgit Dibuka Lemah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka lebih lemah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan disebabkan permintaan lemah terhadap mata wang tempatan, kata peniaga.

Pada 9.03 pagi, nota tempatan berada pada 4.1120/1160 berbanding dolar AS dari 4.1100/1130 penutup semalam.

Peniaga berkata, dolar AS terus teguh berikutan penerbitan data jualan runcit Jabatan Perdagangan AS yang kukuh, menunjukkan kenaikan 0.4 peratus bulan ke bulan pada Jun.

“Peningkatan jualan runcit adalah lebih tinggi daripada jangkaan sebanyak 0.1 peratus berbanding bulan sebelumnya,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.


Berbanding dolar Singapura, ia menokok kepada 3.0260/0294 daripada 3.0276/0303 dan mengukuh berbanding yen kepada 3.7986/8030 daripada 3.8087/8119.

Ringgit mengukuh kepada 5.1026/1080 daripada 5.1161/1211 berbanding pound British dan menokok kepada 4.6096/6157 daripada 4.6155/6205 apabila dibandingkan dengan euro.

Kategori