Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Dewan Rakyat Lulus Belanjawan...

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 (Belanjawan 2022) peringkat Jawatankuasa.Rang...

Shafei Sedia Bertanding Semula...

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Seri Dr Mohd Shafie...

Iraq Bakal Bina Bangunan...

SIAPA sangka, meskipun negaranya sedang bergolak, Iraq dikhabarkan akan melaksanakan satu projek mega...

Imam Bukhari Dan Pusaranya...

“ Apa juga yang dibawakan kepada kamu oleh Rasul maka hendaklah kamu mengambilnya...

RM3 Bilion Simpanan TH Dikeluar Selepas Pengumuman Hibah

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM3 bilion simpanan pendeposit Tabung Haji (TH) dikeluarkan selepas pengumuman hibah 2018 diisytiharkan pada 5 April lalu.

Walau bagaimanapun, jelas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, pengeluaran yang tinggi itu adalah menjadi kebiasaan seperti tahun-tahun sebelum ini iaitu selepas pengumuman hibah diisytiharkan.

“Jumlah simpanan terkumpul pendeposit pada 4 April 2019 iaitu sebelum pengumuman hibah 2018 adalah berjumlah RM74.1 bilion manakala simpanan terkumpul pendeposit pada 31 Mei 2019 adalah berjumlah RM71.1 bilion.

“Pengeluaran yang tinggi ini adalah menjadi kebiasaan seperti tahun-tahun sebelum ini selepas pengumuman hibah diisytiharkan,” katanya sewaktu sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) yang meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah perbezaan duit deposit Tabung Haji selepas pengumuman bonus dan jumlah wang pendeposit yang dikeluarkan selepas pengumuman bonus.


Sementara itu, jelas Fuziah, selepas pengumuman hibah 2018, keyakinan pendeposit kepada Tabung Haji dilihat kekal dan utuh berdasarkan dengan pertambahan bilangan pendeposit baharu dan jumlah simpanan yang konsisten.

“Pendeposit baharu bagi tempoh Januari 2019 hingga Mei 2019 iaitu selepas pemulihan dan penstrukturan semula Tabung Haji adalah sebanyak 133,000 orang dengan jumlah deposit baharu sebanyak RM83 juta.

“Bagi tempoh April hingga Jun 2019 iaitu selepas pengumuman hibah pada 5 April 2019, Tabung Haji mencatatkan pertambahan pendeposit baharu yang melebihi 46,000 orang. Selain itu, tiada sebarang pengeluaran yang luar biasa sehingga JUn 2019, ini menggambarkan keyakinan pendeposit terus konsisten terhadap Tabung Haji,” katanya.

Kategori