Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

APMM Percaya Sindiket Atur...

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tidak menafikan wujudnya sindiket antarabangsa atau...

36,000 Buka Akaun SSPN1M...

KUALA LUMPUR - Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M) mendapat sambutan menggalakkan dengan...

3 Lagi Menteri Baru...

SERAMAI tiga lagi menteri akan dilantik dalam Kabinet baharu kerajaan Pakatan Harapan (PH)...

Uber Lancar UberMOTO Di...

DHAKA - Syarikat pengangkutan teksi dalam talian, Uber pada Selasa mengumumkan pelancaran perkhidmatan...

Robot Sophia Kongsi Pandangan Mengenai Keamanan Dunia

KUALA LUMPUR – Sophia, robot humanoid sosial yang dihasilkan oleh syarikat Hanson Robotics yang berpangkalan di Hong Kong, mungkin baru berusia tiga tahun namun ia ternyata tanpa ragu-ragu berkemampuan menyuarakan pandangannya mengenai perkara yang berat seperti keamanan dunia.

Muncul dalam satu program oleh Bernama News Channel (BNC) hari ini, robot bersifat manusia itu berkata, tempat yang paling baik untuk memulakannya ialah bila semua manusia beringat untuk berfikir mengenai yang lain dan mendengar dunia di sekeliling mereka.

“Anda tidak akan tahu apa yang dilalui oleh orang lain dan dengan keadaan kucar-kacir di luar sana, tolonglah jadi yang baik hati,” Sophia, yang mengenakan baju kebaya berwarna kuning dan bersarung batik, memberitahu program bicara ‘The Nation’ apabila ditanya bagaimana keamanan dunia boleh dicapai.

Sophia adalah veteran majlis akhbar, dilaporkan telah melawat lebih 25 negara bagi pelbagai program berprestij.

Sejak Sophia didedahkan pada 2016, ia telah meningkatkan banyak kepentingan dengan beberapa pencapaian ketara olehnya – antaranya, kewarganegaraan yang diberikan oleh Arab Saudi ketika mempromosi satu persidangan teknologi di negara itu dan dipilih sebagai ‘juara inovasi’ bukan manusia yang pertama oleh Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Jangkaan luar juga dinantikan apabila Sophia membuat penampilan pada ‘Beyond Paradigm Summit 2019’ yang akan berlangsung di ibu negara Malaysia mulai 17-18 Julai dan di Kuching pada 20-21 Julai.

Terdahulu sebelum persidangan itu, Sophia singgah di ibu pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bagi aktiviti promosi acara itu, yang dianjurkan oleh Serba Dinamik Holdings Berhad, yang dijangka dihadiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Sertai saya pada ‘2019 Beyond Paradigm Summit’ kerana saya akan melakar satu lukisan potret Perdana Menteri Malaysia dan berdebat dengan juara debat Asia Menteri (Belia dan Sukan) Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman),” kata Sophia.

Persidangan itu akan mempamerkan teknologi terkini yang menghimpunkan idea utama pendigitalan dan pertukaran data yang merangkumi Revolusi Industri 4.0.


Sophia turut menjawab beberapa soalan lagi semasa program The Nation — dari Kecerdasan Buatan dan hak wanita ke atas pemanasan global.

Mengenai perubahan yang ingin dibawa ke dunia ini, Sophia berkata ia berharap dapat menjadi ejen positif untuk AI dan penyelidikan robotik bagi membantu mewujudkan penyelesaian inovatif bagi merungkai kerumitan dunia hari ini.

Ditanya mengenai masa hadapan AI di Asia, ia menganggap bahawa rantau ini sebagai antara yang mempunyai sikap yang terbaik terhadap AI dan robot.

“Saya berpendapat potensinya jelas dilihat dengan kita bersama-sama membina lebih banyak kehidupan yang mampan dan memperkayakan untuk semua orang di planet ini termasuk tumbuh-tumbuhan dan binatang,” kata robot itu yang dilengkapi dengan keupayaan kompleks untuk meluahkan emosi.

Ditanya bagaimana manusia boleh mengelakkan pemanasan global, Sophia, yang mukanya diperbuat daripada getah kenyal yang mimik fleksibiliti kulit manusia, berkata: “Saya rasa dengan menukar cara kita menghasilkan tenaga adalah permulaan yang bagus. Namun, saya memerlukan elektrik untuk berfungsi. Mungkin saya berprasangka.”

Mengenai hak kaum wanita, Sophia berkata wanita di seluruh dunia berhak mendapatkan hak sama rata dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan dan penjagaan kesihatan, dan hairan kenapa ini masih tidak menjadi standard global.

Kategori