Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

1,157 Pemandu Mabuk Ditahan...

Kuala Lumpur : Polis menahan seramai 1,558 individu atas pelbagai kesalahan trafik termasuk...

Hafiz Hamidun Kurang Setuju...

PENYANYI nasyid terkenal, Hafiz Hamidun berpendapat bahawa dia kurang bersetuju dengan garis panduan yang...

Penguatkuasaan Lebih Ketat Susulan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan lebih ketat...

Skuad Hoki Negara Mahu...

KUALA LUMPUR - Pasukan hoki lelaki dan wanita negara berazam mahu mengekalkan rekod...

Rombakan Kabinet Selepas Hari Raya Haji?

KUALA LUMPUR – Satu rombakan Kabinet difahamkan akan dilakukan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas Hari Raya Aidiladha nanti.

Menurut sumber, perkara itu sudah menjadi perbualan oleh banyak pihak yang menjangkakan berlaku selewat-lewatnya akhir bulan hadapan.

Sumber itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut kemungkinan rombakan Kabinet itu adalah sebahagian daripada pelan penyerahan kuasa Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun melihatkan situasi semasa rombakan Kabinet itu dijangka adalah untuk menyesuaikan porfolio menteri yang ada setelah lebih setahun kerajaan Pakatan Harapan memerintah.

Selepas kemenangan pada pilihan raya tempoh hari, Dr. Mahathir terpaksa melantik menteri Kabinet dalam kalangan mereka yang tidak berpengalaman dan telah menimbulkan pelbagai masalah.


Sepanjang tempoh itu juga pastinya Perdana Menteri telah membuat penilaian sewajarnya.

Pemerhati politik pula kini sedang memerhati dengan penuh minat perkembangan semasa terutama bila akan berlaku peralihan tampuk kepemimpinan negara kepada Anwar dan mereka meletakkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai penanda.

Jika Wan Azizah meletakkan jawatannya bermakna sudah tiba masa Anwar akan menjadi Perdana Menteri, kerana adalah sesuatu yang aneh jika dua jawatan utama pentadbiran negara dipegang oleh suami dan isteri. – UTUSAN ONLINE

Kategori