Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Dua Pembalak Haram Mengaku...

MIRI - Seorang subkontraktor dan seorang juragan bot masing-masing dihukum penjara sehari dan...

“Tutup Mulut Kalau Sekadar...

KUALA LUMPUR - Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa...

Pecah Cermin Kereta, Warga...

PETALING JAYA - Gara-gara memecahkan cermin depan sebuah kereta menggunakan pasu bunga, seorang...

Abdul Hadi Dipujuk Berundur...

Menurut satu sumber, Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang...

Rosak Hubungan Dengan Allah, Zaira Wasim Umum Bersara

BINTANG remaja Bollywood, Zaira Wasim mengambil keputusan meninggalkan dunia lakonan dengan alasan kerjayanya menganggu kehidupan sebagai umat Islam.

Zaira, 18, memenangi Anugerah Anak Kebangsaan dalam Pencapaian Luar Biasa menerusi peranannya dalam filem Dangal yang menampilkan pelakon Aamir Khan itu berkata, dia tidak boleh bertoleransi antara agama dianuti dengan karier lakonannya.

Pelakon itu berkata, perjalanan hidupnya sebagai pelakon sangat meletihkan dan dirinya sentiasa berdepan dengan dugaan.

“Hidup ini terlalu pendek namun terlalu lama untuk memerangi jiwa ini.

“Oleh itu, hari ini saya buat keputusan dengan baik dan secara rasminya memberitahu pembubaran saya dalam bidang ini,” katanya memuat naik status di Facebook miliknya semalam.

Katanya, walaupun meraih populariti menerusi filem berkenaan, hatinya tidak gembira dengan apa yang diterimanya.


“Bidang ini membawa banyak cinta, sokongan kepada saya, tapi apa yang berlaku sebenarnya membawa saya ke arah kejahilan.

“Saya tidak sedar secara diam-diam iman saya terjejas. Saya bekerja di persekitaran yang secara konsisten menganggu iman saya. Hubungan saya dengan agama terancam,” katanya.

Difahamkan, filem Dangal berdasarkan kisah seorang ahli gusti India itu mendapat kutipan tertinggi di India pada 2016.

Sementara itu, Mufti Ismail Menk juga menyokong keputusan Zaira meninggalkan kerjaya lakonannya. – BBC

Kategori