Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

“Rotan Je Kalau Dia...

MELAKA - Seorang bapa telah melakukan perkara yang tepat dengan memberikan sebatang rotan...

UMNO Ambil Pendekatan Sopan...

ALOR SETAR - UMNO sentiasa mengambil pendekatan sopan dalam berhadapan dengan 'rakan-rakan' lama...

Semak Alamat Di Aplikasi...

PUTRAJAYA - Individu yang mendaftar untuk mendapatkan vaksin COVID-19 melalui MySejahtera dinasihatkan membuat...

Olimpik Paris 2024: Zii...

PEMENANG pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Lee Zii Jia dan Aaron Chia-Soh...

“Saya Tahu Siapa Dalang Sebar Video Lucah” – Azmin

SHAH ALAM – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau tahu individu yang menjadi dalang dalam penyebaran video lucah yang dikaitkan dengan dirinya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu berkenaan kerana perkara itu masih dalam siasatan pihak polis.

“Saya tidak boleh dedahkan kerana ia masih dalam siasatan (polis), biarlah siasatan itu lengkap dahulu.

“Tetapi sejak hari pertama (video itu tersebar) saya sudah menjangkakan bahawa ada unsur-unsur dalaman (parti),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis doa selamat dan kesyukuran menolak politik fitnah terhadap beliau di kediaman Menteri Besar Selangor Amirudin Shari di sini, malam ini.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata beliau juga akan terus bekerjasama dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memperjuangkan agenda parti.

Beliau berkata tiada alasan untuknya menidakkan hubungan kerjasama itu walaupun sebelum ini wujud pertelingkahan kenyataan antara beliau dan Anwar berhubung isu video tersebut.

“Saya dan Datuk Seri Anwar akan terus bekerjasama kerana dia adalah presiden dan saya adalah timbalannya, janganlah provok kami berdua kerana kita telah bersama dalam banyak dekad (dalam memperjuangkan parti),” katanya.


Sebelum ini, Mohamed dan Anwar dilihat saling berbalas kenyataan berhubung isu video lucah itu apabila Anwar menyatakan timbalannya perlu bercuti jika terbukti video berkenaan tulen.

Kenyataan Anwar itu diselar Mohamed Azmin yang meminta Ahli Parlimen Port Dickson itu bermuhasabah dan cermin diri.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin menyeru barisan kepimpinan parti itu supaya tidak bersengketa dan menolak politik kotor.

“Rakyat bagi madat kepada Pakatan Harapan bukan untuk bergaduh… kita kena tolak politik kotor kerana rakyat sudah muak dengan perkara seperti ini dan saya gesa media bersama kita untuk sebar maklumat yang benar,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 1,000 orang hadir di majlis doa selamat itu yang diadakan susulan kenyataan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador pada Jumaat lepas, yang mengesahkan Mohamed Azmin tidak dapat dikaitkan sebagai pelaku dalam penyebaran video lucah yang disebarkan baru-baru ini.

Kategori