Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Banduan Berpakaian Wanita Lolos...

JAKARTA - Seorang banduan yang dihukum penjara seumur hidup kerana membunuh dan merogol...

Samsudin Amin Terajui JPJKK...

KOTA BHARU - Ketua Unit Pengajian Siasatan Jenayah Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Kisah Najib Di Sebalik...

Oleh: Kamarul Azman Habibur Rahman1. LAMA saya mengambil masa untuk menyusun jari jemari...

Bagai Magis, Kucing Kembali...

SIAPA sangka, kucing comel bernama Chloe ini akan kembali kepada tuannya selepas 6...

“Selagi Saya Hidup, UMNO Tak Khianati PAS” – Zahid

KOTA BHARU – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjanji selagi hidup dia tidak akan mengkhianati kerjasama dengan PAS.

Menurutnya, kerjasama yang terjalin kini merupakan satu-satu peluang kepada kedua-dua parti merampas kembali kerajaan pada PRU-15.

“PAS semasa dalam BN rasa dikhianati, selagi saya memimpin UMNO bukan sekadar kerjasama dan PAS tidak akan dikhianti UMNO dan BN kerana peluang datang hanya sekali.

“Dalam suasana politik begini makan UMNO dan BN istiqamah dan berbaiah tidak akan khianat,” katanya semasa berucap pada majlis bersama pimpinan UMNO Kelantan di Ketereh malam ini.

Ahmad Zahid juga percaya PAS juga akan istiqamah dan tidak mengkhianati UMNO terutama selepas pelancaran piagam mereka bersama tidak lagi.

Dalam pada itu, beliau juga mahu UMNO belajar daripada PAS yang mempunyai rekod sebagai pembangkang yang panjang.


“UMNO harus belajar dari PAS kerana ketahanan mereka amat luarbiasa (sebagai pembangkang),” katanya.

Beliau juga percaya PAS juga akan belajar daripada UMNO bagi mencari titik persamaan.

Ahmad Zahid seterusnya kagum dengan kerjasama akar umbi antara UMNO dan PAS yang dijalankan di peringkat cawangan dan bahagian setakat ini.

Mengenai calon-calon PRU-15, beliau mahu ahli-ahli UMNO menyerahkan kepercayaan kepadanya dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – MalaysiaGazette

Kategori