Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Obama Rakam Ucapan Takziah...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama merakamkan ucapan takziah atas kematian...

Bekas Anggota Polis Dipenjara...

KUALA TERENGGANU - Akibat meminta dan menerima rasuah RM1,500 seorang bekas anggota polis...

Kawasan Rendah Sekitar Bandar...

KUALA TERENGGANU - Beberapa kawasan rendah di sekitar Bandaraya Terengganu ditenggelami air setinggi...

PM Australia Tony Abbott...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Australia Tony Abbott, yang dalam rangka lawatan rasmi pertama...

Sesak Nafas: 9 Mangsa Baru Direkodkan

PETALING JAYA – Sebanyak sembilan mangsa baru yang didapati mengalami simptom sesak nafas dilaporkan sehingga pukul 12 tengah malam tadi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kes tersebut melibatkan tiga lelaki dan enam perempuan dari tiga sekolah berbeza.

“Didapati seramai tiga pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort, dua pelajar dari SK Kopok, dua pelajar dan seorang guru dari SK Taman Rinting 3 dan seorang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2.

“Mangsa dikatakan terhidu bau busuk dan bau seperti bahan terbakar pada pagi semalam,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Neuropsychiatry Masterclass 2019 di Sheraton Hotel, Petaling Jaya di sini hari ini.

Tambah Dzulkefly, semua mangsa yang terlibat telah menerima rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Pasir Gudang dan tiada mangsa ditahan di wad dilaporkan.

“Kita sedia maklum bahawa penduduk Pasir Gudang mengalami gejala sesak nafas berpunca dari 250 kilang kimia dan kira-kira 2,000 kilang industri.


“Kalau ini punca tercetusnya masalah, ia adalah perkara yang sangat kita fahami. Pakar psikiatri tahu ini boleh mencetuskan fenomena serangan panik dalam kalangan mangsa,” katanya.

Sementara itu, dalam kes lain, Dzulkefly menjelaskan bahawa Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah mula menjalankan siasatan terhadap gula-gula Ghost Smoke sejak semalam.

“Hasil siasatan tersebut akan diumumkan dari semasa ke semasa,” jelasnya.

Kategori