Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

40 Peratus Sisa Buangan...

MELAKA - Kira-kira 40 peratus daripada 1,000 hingga 1,100 tan sisa buangan sehari...

Pesakit Insomnia Dinasihat Elak...

SAN FRANCISCO - Individu yang berdepan masalah untuk tidur dan tidur lena perlu...

Penganggur Didenda RM2,200 Cederakan...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencederakan seorang lelaki berperwatakan wanita, seorang penganggur didenda RM2,200...

Mayat Mangsa Lemas Di...

KUANTAN - Mayat mangsa lemas, Ahmad Tarmizi Shafie, 30, yang hilang semasa memasang...

SRC: Nik Faisal Mungkin Palsukan Tandatangan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa ketua pegawai eksekutif SRC International Sdn. Bhd., Nik Faisal Ariff Kamil mungkin telah memalsu (meniru) tandatangan pengarah bukan-eksekutifnya, Datuk Suboh Md. Yassin pada dokumen bank bagi memindahkan dana oleh SRC.

Pemindahan dana dikata melibatkan berjuta-juta ringgit dari SRC kepada dua subsidiarinya Gandingan Mentari Sdn. Bhd. dan Ihsan Perdana Sdn. Bhd.

Pendedahan ini dibuat peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, peguam utama bagi Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyoal balas Suboh pada perbicaraan SRC Najib hari ini di mana pihak pembela menggunakan mesin projektor bagi membandingkan tandatangan Suboh pada beberapa salinan kertas dan pada dokumen yang diimbas.  

Peguam itu menimbulkan isu bagaimana semua tandatangan Suboh pada 11 dokumen bank di salinan yang diimbas adalah serupa dengan saiz dan struktur yang sama dan mempunyai padanaan tepat dan bagaimana tandatangan Suboh pada salinan kertas pula berbeza dari salinan imbasan.

Muhammad Shafee menyifatkan perbezaan tandatangan Suboh pada salinan kertas dan pada dokumen imbasan seperti “gajah dengan tikus” hingga mencetuskan gelak ketawa dalam mahkamah.

Kategori