Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Maut Terperosok Di Bawah...

ROMPIN – Seorang pelajar Tingkatan Lima SMK Ungku Husin, Endau, Johor maut selepas...

Proton Beri Baucer Servis...

KUALA LUMPUR – Kereta Proton yang terjual dan didaftarkan dari 16 hingga 31...

Bekas CEO Bursa Malaysia...

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia...

Penjawat Awam Ditahan Disyaki...

PENDANG - Seorang penjawat awam adalah antara empat lelaki yang ditahan kerana disyaki...

“Tak Percaya PKR Kini Minta Nasihat Mahathir” – Anwar

PORT DICKSON – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berseloroh menyatakan dirinya tidak percaya parti naungannya kini meminta nasihat daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Macam tak percaya, PKR minta pandangan Dr. Mahathir,” katanya sambil tersenyum sebelum menyerahkan pentas kepada Pengerusi PH itu merasmikan Temu Rapat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Sesi 2018/2019 yang berlangsung di sini malam ini.

Anwar juga didengar masih memanggil Mahathir sebagai sir (tuan).

Sir, you love this country. Keghairahan untuk (menjaga) negara ini sangat kuat,” katanya lagi.

Anwar dipercayai merujuk kepada penglibatan semula  Mahathir ke dalam arena politik sehingga mampu mengubah lanskap dengan menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Mei tahun lalu.


Beliau pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1998 sebelum dipecat Mahathir semasa kedua-dua dalam UMNO dan BN.

Bulan lalu, Mahathir mengulangi pendiriannya untuk memberikan kuasa kepada Anwar selaku Perdana Menteri Kelapan seperti yang disepakati oleh Pakatan Harapan. – MalaysiaGazette

Kategori