Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Suami Isteri, 2 Anak...

JOHOR BAHRU - Sepasang suami isteri bersama dua anak mereka ditemui mati di...

Teresa Henti ā€˜Berdramaā€™ Sebab...

KUALA LUMPUR ā€“ Menteri Industri Utama, Teresa Kok diminta berhenti ā€˜mendramakanā€™ pelbagai isu...

Kapal LMS Mantapkan Pertahanan...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yakin pembelian empat kapal misi pesisir...

Curang: Bukan Memanjang Lelaki...

SELEPAS Mynewshub menyiarkan kisah seorang wanita yang mendakwa suaminya bercinta dengan budak sekolah...

Terangsang Tonton Video, Murid Darjah 6 Rogol Budak 4 Tahun

BATU GAJAH – Akibat terpengaruh dengan video yang dilihat melalui telefon bimbit, seorang murid lelaki Tahun Enam bertindak di luar batasan dengan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di sebuah rumah di Taman Sri Wangsa di sini.

Perbuatan tersebut terbongkar pada Khamis lalu apabila mangsa mengadu sakit pada bahagian kemaluannya dan mendakwa suspek berusia 12 tahun yang juga anak pengasuh melakukannya.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, ibu mangsa kemudiannya membawa anaknya ke klinik untuk pemeriksaan lanjut sebelum doktor yang merawat mangsa memintanya membuat laporan polis.

ā€œMangsa turut memberitahu suspek telah membuka seluar dan memegang kemaluannya selain menggeselkan sesuatu di punggungnya.

ā€œSusulan itu, ibu mangsa telah berjumpa dengan pengasuh dan suspek untuk bertanyakan perkara tersebut sebelum murid itu mengaku melakukannya,ā€ katanya ketika dihubungi.

Tambah Ahmad Adnan, pemeriksaan lanjut oleh doktor mendapati terdapat kesan koyakan pada pelbagai posisi hingga menyebabkan selaput daranya pecah.


ā€œHasil soal siasat mendapati suspek mengaku melakukan perbuatan tersebut akibat terpengaruh dengan video yang dilihatnya melalui telefon bimbit.

ā€œSuspek telah ditahan pada malam tadi dan dia kini direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 5 Julai depan untuk siasatan lanjut,ā€ katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Kategori