Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Syukur Miliki...

KUALA KANGSAR - "Saya rasa sangat bertuah dan gembira kerana dapat memiliki sebuah...

Pelajar Lelaki Lamar Guru...

CINTA datang tanpa diundang malah tidak memandang status atau usia sebagai halangan. Mungkin perasaan...

FAMA Bantu Usahawan Runcit...

TAWAU - Projek Agrobazaar Rakyat 1Malaysia (ABR1M) yang diperkenalkan Lembaga Kemajuan Pertanian Persekutuan...

Frankenlouie – Kucing Berwajah...

Pastinya hari yang menyedihkan kepada pencinta haiwan apabila Frankenlouie, kucing berwajah dua tertua...

Tiada Pembubaran UMNO, Tolak Kerjasama Parti Berkaitan DAP

KUALA LUMPUR – UMNO sama sekali tidak akan dibubarkan untuk menyertai mana-mana parti politik lain, malah akan terus berjuang bersama PAS berdasarkan setiakawan dan Piagam Bersama.

Dalam masa sama, UMNO-PAS juga menolak ikatan atau kerjasama dengan mana-mana parti atau pihak yang menjalin kerjasama dengan DAP.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dalam kenyataannya menegaskan pendirian itu adalah atas kesedaran bahawa asas DAP yang berdasarkan sosialisme serta strategi ‘Malaysian-Malaysia’ bertentangan dengan UMNO dan PAS.

“UMNO komited dengan usaha membentuk kerjasama (ta’awun) politik dengan PAS. Adalah diyakini ta’awun UMNO-PAS merupakan gagasan perpaduan dan penyatuan Melayu yang paling berkesan dalam arena politik demokrasi berparlimen tanah air kita.

“Sebarang tindakan kerjasama UMNO dengan parti lain akan terlebih dahulu dirujuk kepada rakan ta’awun yakni PAS, dan akan diputuskan bersama sesuai dengan Piagam Ta’awun kedua-dua parti,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori