Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Insya-Allah BN, PAS Bersama...

KANGAR - UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersama PAS yakin bakal membentuk kerjasama...

Ejen Pyongyang Jual Senjata...

MELBOURNE - Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai berurusan di pasaran gelap untuk menjual...

Shafie Apdal Jangan Lempar...

Presiden Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menggunakan pendekatan politik melampau.Mendakwa...

Suspek Cabul Serah Diri...

KUALA TERENGGANU - Remaja lelaki yang dipercayai mencabul seorang murid tahun dua di...

Tindakan India Naikkan Duti Minyak Sawit Jejas Malaysia

KUALA LUMPUR – Sektor minyak sawit tempatan dijangka berhadapan saingan lebih tinggi di India berikutan cadangan Kementerian Kewangan dan Perdagangan negara itu untuk menaikkan duti ke atas minyak sawit dari Malaysia kepada 50 peratus daripada 45 peratus.

Public Investment Bank (PIB), dalam nota kajiannya hari ini. berkata cadangan itu akan menyebabkan kerugian besar kepada pengeksport minyak sawit Malaysia apabila duti keistimewaannya hilang berbanding rakannya dari Indonesia.

“Ini akan terus menekan inventori minyak sawit Malaysia pada bulan-bulan akan datang, memandangkan pengeluaran separuh kedua dijangkakan lebih tinggi mengikut musim,” katanya.

Firma penyelidikan itu berkata, pada masa ini perbezaan harga antara minyak sawit Malaysia dan Indonesia adalah sebanyak lima peratus.

“Cadangan itu negatif kepada sektor minyak sawit Malaysia, yang sudah pun lemah disebabkan oleh prestasi harga minyak sawit mentah (MSM) yang rendah. Jika cadangan itu menjadi kenyataan, kami menjangkakan eksport yang lebih rendah ke India pada bulan-bulan akan datang,” katanya.


India, pengimport minyak sawit terbesar di dunia, menyumbang 28 peratus daripada jumlah import minyak sawit Malaysia pada separuh pertama tahun ini.

Setakat tahun ini, harga purata MSM sebanyak RM1,980 satu tan, merosot 17.6 peratus tahun ke tahun.

Unjuran sektor itu kekal neutral.

Kategori