Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Maut Dipukul & Dipijak...

GEORGE TOWN - Seorang tukang cuci maut selepas dipukul dan dipijak ketika cuba...

AKSEM Serbu ‘Kafe Ketum’...

PADANG BESAR - Agensi Keselamatan Sempadan Perlis hari ini menahan lima individu termasuk...

Gambar: Model Menawan Victoria...

SIAPA yang tidak kenal dengan model-model peragaan untuk jenama Victoria Secrets.Ramai yang teringin...

Menerbangkan Dron Tanpa Kebenaran...

KUALA LUMPUR - Tindakan menerbangkan dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) boleh...

Tuntutan RM1.69 Bilion LHDN Tidak Berasas – Najib

BANGI – Dakwaan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen sekiranya gagal membayar tunggakan cukai tambahan RM1.69 bilion adalah tuduhan tidak berasas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Demikian menurut bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung tuntutan yang dibuat agensi itu semalam.

“Asas tidak betul,” katanya ringkas kepada media selepas menghadiri program santai sempena ulangtahun kelahiran beliau, anjuran Gabungan NGO Anak Muda 18 Tahun Malaysia (GENG18) malam ini.

Najib diminta mengulas mengenai LHDN yang memfailkan saman itu terhadapnya yang meminta beliau membayar RM1,692,872,924.83, faedah pada lima peratus setahun dari tarikh penghakiman, kos dan pelepasan lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dalam kenyataan tuntutan, kerajaan memaklumkan bahawa seperti yang dinyatakan melalui notis penilaian tambahan bertarikh 20 Mac 2019, penilaian cukai tambahan terhadap pendapatan Najib bagi tahun taksiran 2011, 2012, 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017 adalah RM116,173,374.12; RM320,929,932.31; RM891,573,465.46; RM119,144,655.51; RM16,879,500.03; RM643,445.21 dan RM346,471.41.

Kerajaan mendakwa notis itu dihantar melalui pos berdaftar kepada Najib pada 25 Mac 2019 ke alamat terakhirnya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dekat sini dan surat itu tidak pernah dikembalikan kepada LHDN.

Tambah Najib, pihaknya akan memfailkan permohonan penangguhan prosiding tuntutan cukai pendapatan berkenaan.


“Itu kita uruskan biasa, benda ini sebenarnya asas tidak betul,” katanya lagi.

Najib turut ditanya mengenai permohonan Peguam Negara, Tommy Thomas untuk beliau membuat permohonan maaf tanpa syarat berhubung catatan mengenai perbelanjaan kad kreditnya lebih RM3 juta di Facebook.

Najib berkata; “Itu soal mahkamah, biar kita uruskan di mahkamah.”

Thomas membuat permohonan itu pada awal prosiding perbicaraan kes pecah amanah menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn. Bhd. RM42 juta yang dihadapi Najib, hari ini. – MalaysiaGazette

Kategori