Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Genap 5 Tahun, MH370...

HARI ini genap lima tahun penerbangan Malaysia Airlines MH370 hilang tanpa jejak di...

“Mana Pergi Pen Drive...

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mempersoalkan pemimpin DAP,...

Gangguan Bekalan Air Hampir...

KUALA LUMPUR - Gangguan bekalan air berjadual susulan aktiviti penambahbaikan sistem bekalan air...

Amir Ukays Tersingkir Minggu...

PERJUANGAN vokalis kumpulan Ukays, Amir terhenti di minggu kelima saingan Gegarvaganza musim kedua...

Usul Had Umur Mengundi Tidak Libat Pendaftaran Automatik

PUTRAJAYA – Usul berkaitan penurunan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini tidak melibatkan sebarang cadangan untuk pendaftaran pengundi secara automatik.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, usul tersebut adalah berhubung Perkara 119(1)(a) Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan penurunan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun sahaja.

Jelasnya, pelaksanaan usul pindaan kepada Perkara 119(1)(a) Perlembagaan Persekutuan yang dibentangkan pada hari ini hanya boleh dilakukan setelah pindaan dibuat kepada Borang A di bawah Peraturan 12  Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan Borang 10 di bawah Peraturan 19(10) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.

“Bagi tujuan itu, salinan pindaan ke atas Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 perlu dibuat edaran di dalam sesi persidangan Dewan Rakyat untuk perhatian serta makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat.

“Selain itu,  apa-apa usul mengenai pendaftaran pengundi secara automatik pula akan melibatkan pindaan kepada Perkara 119, khususnya Perenggan (4)(b) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Azhar Azizan, pindaan itu berbeza daripada usul pindaan mengenai penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun.

Mengulas lanjut, jelasnya, SPR mengambil maklum bahawa terdapat laporan media yang tidak tepat dan mengelirukan berkaitan pindaan Perlembagaan Persekutuan mengenai pendaftaran pengundi secara automatik dapat dilaksanakan bersekali dengan pindaan kepada had penurunan umur tanpa perlu lagi mendapat kelulusan Parlimen. 

Kategori